Gabungan Dewan
Perniagaan dan Perindustrian Malaysia menggesa Tenaga Nasional Bhd (TNB)
menurunkan tarif elektrik berikutan harga gas dan arang batu telah
mencatatkan penurunan.
Presidennya, Datuk Lim Kok Cheong berkata
dengan trend penurunan harga gas asli, minyak dan arang batu
membolehkan TNB menjimatkan anggaran sebanyak RM730 juta pada tahun ini.
“Sebelum ini, syarikat utiliti itu menaikkan tarif dari semasa ke semasa berdasarkan kepada kenaikan harga bahan api.
“Kini, harga bahan api telah menjunam
sejak enam bulan lalu maka tarif elektrik perlu dikaji semula untuk
membantu mengurangkan kos perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ujarnya, dengan cara itu, sekaligus akan membantu mengurangkan kos sara hidup masyarakat.
Beliau berkata, tarif elektrik merupakan salah satu faktor utama kepada perniagaan tempatan dan pelabur asing.
“Adalah adil jika TNB melakukan semakan tarif sejak harga minyak, gas, diesel dan arang batu menjunam dengan mendadak.
Tambahnya, industri berasaskan bahan api
lain seperti pengangkutan juga perlu menurunkan harga mereka untuk
membantu menurunkan kos operasi.
trp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...