Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Disember 04, 2014

NGO (Turun) : sedia berbincang dengan Pakatan Rakyat bagi menjayakan himpunan pada 31 Disember

http://biz-55.webs.com/

KUALA LUMPUR: Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) sedia berbincang dengan Pakatan Rakyat bagi menjayakan himpunan pada 31 Disember nanti.

Pengerusinya, Mohd Azan Safar berkata, Turun telah mengadakan bantahan besar-besaran sejak tahun lepas dan kemuncaknya adalah himpunan Turun di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2013.

"Susulan pengumuman Pakatan Rakyat untuk mengadakan himpunan pada tarikh tersebut, Turun sangat mengalu-alukan dan sedia bekerjasama bagi menjayakannya.

"Tiga siri protes telah diadakan di Kuala Lumpur iaitu di Sogo, Puduraya dan terakhir di KLCC 7 November lalu, termasuk di tujuh lokasi di Negeri Sembilan dan Melaka pada Oktober lalu," kata beliau.

Menurut beliau walaupun tidak mendapat respons daripada kerajaan, Turun tetap meneruskan siri penerangan kepada rakyat.

"Oktober lalu kita telah mengumumkan himpunan malam tahun baru pada 31 Disember ini yang akan diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara khususnya di Kuala Lumpur.

"Walaupun bantahan ini tidak didengari, kerajaan tidak boleh melepaskan diri mereka yang mendera rakyat dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah," sambung beliau lagi.

hd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...