Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, November 11, 2014

Kerajaan Takut : Kenapa perlu 'sembunyikan' audit RM93 juta Hari Belia?

KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan membentangkan
 Laporan Ketua Audit Negara
http://biz-55.webs.com/berhubung program Hari Belia Negara.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) pada sidang media di lobi Parlimen hari ini memberitahu walaupun audit telahpun dilakukan, namun kerajaan mengatakan ia tidak perlu didedahkan.

"Saya telah bangkitkan isu audit di peringkat Jawatankuasa berhubung laporan audit membabitkan hari belia negara sejak 2011 hingga 2013 yang tidak dibentangkan.

"‎Dulu diberitahu akan memasukkannya dalam laporan audit siri dua, namun dalam siri tiga pun tidak ada laporan tersebut," katanya.

Menurut beliau, jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim‎ yang mengakui audit telah dilakukan, namun ia tidak perlu didedahkan kerana kementerian akan mengambil tindakan pembaikan, telah menimbulkan persoalan.
‎‎
"Kalau audit telah dilakukan kenapa ia tidak mahu dibentangkan, perkara ini perlu dimaklumkan kepada umum dan juga parlimen untuk kita ketahui secara mendalam apa yang telah dibelanjakan.

"‎Kita sedia maklum bahawa bagi program tersebut kementerian telah berbelanja melebihi peruntukan yang telah ditetapkan.

‎"Kita ingin tahu dari mana sumber kewangan itu diperolehi, keengganan membentang laporan audit tersebut menyebabkan perkara yang sama akan berulang dan pasti untuk audit 2014 akan berlaku perkara yang sama," sambung beliau.

‎Ketua Penerangan PAS Pusat itu turut memaklumkan sehingga tahun 2014 kerajaan telah berbelanja hampir RM93.2 juga bagi program Hari Belia Negara.

Katanya, pada tahun 2011 sebanyak RM16.01 juta dibelanjakan, bagi tahun 2012 sebanyak RM28.91 juta, manakala bagi tahun 2013 pula RM18.07 juta telah dibelanjakan.

"Kita telah berbelanja besar tetapi kita tidak mengetahui manfaat yang diperolehi oleh golongan belia melalui program tersebut.

"Kita ingin mengetahui apa kelemahan yang ditemui pada siasatan audit dan pembaikan yang akan dilakukan kementerian bagi mengatasi kelemahan dalam perbelanjaan program itu," katanya.

hd

1 ulasan:

  1. Audit Program 'PERMATA' gak, nak tau apa depa buat dgn berjuta RM tu!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...