Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, November 12, 2014

Berita N. Kelantan : Kelantan sudah lama laksanakan perundangan Islam. MB




KOTA BHARU: Pada zaman pemerintahan Sultan Mansor, Undang-Undang Syariah dilaksanakan di Kelantan termasuk hukum hudud dan qisas.

Begitu juga pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad ke-III, baginda turut menguatkuasakan undang-undang Islam.http://biz-55.webs.com/

“Baginda menyambung usaha pelaksanaan undang-undang syariah yang telah dimulakan sultan-sultan terdahulu termasuk Sultan Muhammad Ke-II dan Sultan Ahmad,” kata Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Berucap di Istana Balai Besar di sini sempena Perayaan Ulangtahun Keputeraan yang Ke-45 Sultan Muhammad V katanya, rahsia kejayaan Kelantan kerana rakyatnya tunduk patuh kepada perintah Allah Taala. (Foto atas)

Menurut beliau lahirnya ramai ulama di negeri ini kerana kehebatan sultan yang menaungi pemerintahan negeri.

“Justeru patik turut menyatakan hasrat untuk menjadikan 2015 sebagai tahun permulaan ke arah pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam dan persiapan ke arah itu sudah berada di peringkat terakhir.

“Oleh kerana sebahagian bidang kuasa pelaksanaan Undang-Undang Syariah berada di bawah bidang kuasa Persekutuan, maka pelaksanaannya di Kelantan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan,” ujarnya.

Katanya juga kerajaan negeri akan membawa rang undang-undang tersebut dalam bentuk yang lebih lengkap ke Dewan Undangan Negeri sebelum dibentang di Parlimen.

Beliau berkata, usaha yang dilakukan kerajaan negeri mengikut peruntukan Perkara 76 (A) bagi mendapat kebenaran Parlimen untuk membolehkan hudud dilaksanakan di negeri ini.

Berangkat pada istiadat di Istana Balai Besar itu Pemangku Raja Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Sultan Muhammad V tidak hadir pada istiadat tersebut difahamkan berada di luar negara.

hd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...