Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Oktober 09, 2014

Berita Petang : Galakkan masyarakat hidup sihat tanpa arak

KUALA LUMPUR: Ikram Negeri Selangor mengikuti perkembangan isu pesta arak Oktoberfest yang sedang berlangsung 24 September sehingga 12 Oktober ini yang dianjurkan oleh Carlsberg Malaysia sejak tahun 2011.

Yang Dipertuanya, Shamsul Ma'arif Ismail berkata kontroversi itu bermula setelah sebuah billboard yang memaparkan iklan Oktoberfest dikesan di Shah Alam.

Sehubungan itu, kata beliau pihaknya memuji langkah Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai garis panduan untuk tidak membenarkan iklan arak dipamerkan di paparan umum.

Menurutnya, sebagai sebuah masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai ketimuran dan Islam, Ikram memandang serius pesta arak yang sedang berlangsung.

"Ia merupakan amalan yang dicedok dari budaya barat yang berasal daripada Jerman sewaktu meraikan perkahwinan diraja mereka," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.



Oleh yang demikian, tegasnya Ikram negeri membantah sekeras-kerasnya pesta arak yang dilakukan secara terbuka ini daripada terus dilaksanakan atas norma sosial dan bertentangan dengan Perlembagaan dan perundangan negara.

Justeru, ujar beliau pihaknya menuntut agar garis panduan penjualan dan penggunaan alkohol dan arak diperketatkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan semakan semula terhadap peruntukan undang-undang sedia ada.

Di samping itu, ujarnya kempen kesedaran bahaya arak dipergiatkan kepada semua, penjualan arak dihadkan dan dikawal, melarang sama sekali penjualan atau akses kepada sebarang jenis arak atau minuman yang memabukkan kepada orang Islam.
Selain itu, tambahnya galakkan masyarakat Malaysia dengan gaya hidup sihat dan bersih tanpa arak sebagai menjunjung kehidupan berkeluarga yang harmoni.

hd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...