Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Oktober 10, 2014

Berita Pagi : Islam adalah untuk agama semua bangsa termasuk kaum Cina,” - TGNA

 
KOTA BHARU: Hampir 30 orang para sami Budha dari seluruh negeri Kelantan hadir ke majlis ramah mesra di kediaman Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Pulau Melaka semalam.

Rombongan sami itu diketuai Ketua Majlis Sangha Negeri Kelantan Phra Vicharan Vuthikhon.

Tuan Guru yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, ketika ditemui berkata, kehadiran rombongan sami itu dapat mengeratkan lagi hubungan beliau dengan golongan bukan Islam.

Katanya, pada masa yang sama ianya turut mempamerkan keindahan Islam pada golongan itu.

“Sekarang ni timbul masalah bermacam-macam bangsa, Cina ada parti dia, Melayu ada parti dia, sedangkan Islam datang untuk manusia bukan untuk orang Arab atau Melayu sahaja.

“Kewajipan kita semua termasuk saya sendiri untuk memberi kefahaman Islam adalah untuk agama semua bangsa termasuk kaum Cina,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan, Lau Chin Chua, Pegawai Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Lim Guan Seng dan lain-lain pimpinan hubungan antara kaum.

hd

1 ulasan:

  1. Kita semua tahu mengenainya!! Tapi tahukah TGNA akan dasar keakraban dan persaudaraan sesama Islam??? Dasar pengetahuan darjah enam!!!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...