KUALA LUMPUR:
PAS meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pendirian rasmi
kerajaan terhadap pembentukan wilayah pemerintahan baru di bawah kawalan
Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) sebagaimana yang
diisytiharkan pada 29 Jun 2014 yang lalu.
Demikian pertanyaan
bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Presiden PAS yang juga Ahli
Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada persidangan
Dewan Rakyat hari ini.
Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen
Ketiga Belas (2014) bagi Dewan Rakyat mula bersidang hari ini hingga 27
November sementara Dewan Negara bermula 1 hingga 18 Disember.
Perdana
Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak pula akan
membentangkan Bajet 2015 pada 10 Oktober bermula jam 4.00 petang.
Berikut ialah soalan bagi jawab lisan daripada ahli parlimen PAS di Dewan Rakyat, hari ini.
Datuk
Seri Abdul Hadi Awang [Marang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan
apakah pendirian rasmi Kerajaan terhadap pembentukan wilayah
pemerintahan baru di bawah kawalan Islamic State of Iraq and the Levant
(ISIL) sebagaimana yang diisytiharkan pada 29 Jun 2014 yang lalu.
Nik
Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia Dan Sukan
menyatakan tahap semasa Program Pengenalpastian Bakat (TID) dan
berapakah jumlah pelaburan dalam menambah baik program tersebut.
Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:-
(a)
berapakah jumlah terkini saman dan kutipan bayaran saman melalui Sistem
Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak mula dikuatkuasakan hingga kini
mengikut lokasi kamera AES dan nyatakan juga tunggakan bayaran saman
AES.; dan
(b) adakah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih mengendalikan sistem AES ini.
Datuk
Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh
manakah langkah telah diambil oleh Kerajaan untuk melaksanakan
pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM mengikut Perlembagaan Persekutuan
sebagaimana yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah
(JKMR).
Puan Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta
Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha berkesan Kerajaan untuk membendung
penyeludupan dadah dan senjata api serta bahan api melalui kawasan
sempadan dan perairan Malaysia.
Khalid Abdul Samad [Shah
Alam] minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah pihak kementerian
bercadang untuk memansuhkan Tol Batu Tiga dan Sungai Rasah.
Dr
Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah
langkah yang sedang diambil Kerajaan untuk mensifarkan rasuah dan pecah
amanah di Jabatan Kastam.
Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala
Krai] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
menyatakan benarkah projek pengurusan subsidi petrol dibuat secara
rundingan terus dengan syarikat Fuelsubs Sdn Bhd dan jika benar,
mengapakah tiada tender terbuka dilaksanakan.
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Kewangan menyatakan:-
(a) jumlah terkini penerima BRIM yang diberi perlindungan insurans Takaful dan kos yang terlibat; dan
(b) apakah jenis insurans Takaful yang diambil serta bagaimana cara membuat tuntutan sekiranya berlaku kematian.
hd
Ust tuju pada siapa tu, kalau setakat sembang kedai kopi macam ini buang masa saja. sembang kedai kopi itu standard ust bengong je. jawatan berebut .
BalasPadam