Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Selangor
ke-26 semalam sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam dua
ADUN PAS yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail sebagai calon menteri besar baru.
Menurut catatan Facebook terbaru Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, usul
itu akan diserah kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat untuk diambil
tindakan berdasarkan Fasal 82 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011.
Sebelum ini, ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul
Baharuddin dilaporkan menandatangani Akuan Bersumpah menyokong
pencalonan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar menggantikan Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim, tanpa persetujuan dan pengetahuan PAS.
Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman, yang mengesahkan perkara
itu, berkata pihaknya menjangka banyak lagi aduan dan usul akan dibuat
serta dihantar kepada Jawatankuasa Disiplin parti berhubung tindakan dua
ADUN berkenaan.
"Kita tahu ada lagi usaha untuk memancing ADUN kita di Selangor. Kita
ada maklumat lengkap siapa terlibat dan kita akan dedahkan nama pelobi
ini jika permainan ini tidak dihentikan segera," katanya dalam kenyataan
hari ini.
Kemelut politik di Selangor menjadi lebih tegang apabila Abdul Khalid
diminta meletak jawatan setelah didakwa kehilangan sokongan 30 ADUN
termasuk dua daripada PAS.
Berikutan itu, pada Selasa lepas, Abdul Khalid menyatakan hasrat kepada Sultan Selangor untuk melepaskan jawatan berkenaan.
Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima
peletakan jawatan beliau sehingga pelantikan menteri besar baharu
dibuat.
Baginda turut menitahkan PAS, DAP dan PKR masing-masing mempersembah
lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar selewat-lewatnya 3
Sept ini.
mk
Meragam betul Dewan Ulamak PAS,tiba2 nak buang Saari Singip. Alasan utama tak setia/wala' pada parti.
BalasPadamSaya nak tanya bila pula Saari Sungib beri wala' pada PAS. Semua pimpinan PAS tahu siapa beliau, bukankah beliau ahli dan pimpinan pertubuhan yg bersedia menjadikan PAS batu locatan. Bukankah pimpinan PAS sendiri yg tolol?
Bukan sekali PAS jadikannya WB, bahkan sudah 2 kali. Bahkan diKelantan PAS melantikan geng seperti beliau sebagai exsco.
Hakikat sebenar pimpinan PAS wajib ditukar sebelum PAS terus dalam keadaan tidak menentu.
Ahli ulamak sudah sampai masanya mrmuhssabahkan diri dan berlagak kudus.
Sebenar pimpinan PAS yg dungu
UG ni... jika dua YB Adun PAS tidak sokong MB Baru DSWA sudah pasti akan bercelaru lagi politik Selangor. Kami sokong Adun PAS yang menyokong DSWA sebagai MB yang baru... Angkuh sungguh bila PAS telah banyak memenangi KERUSI di Selangor, kami sokong PAS kerana tahaluf siyasi yang telah di persetujui...so beringat lah wahai PEMIMPIN PAS peringkat tinggi.......Sekian.
BalasPadamKenapa tak usul keluar dari PR, ksn itu lebih baik dari tikam belakang?
BalasPadamkalaule ada pilihanraya semula jgn haraple pas bole dpt kerusi semula seperti seblum ni..alamatnya pas akan melePAS le jawabnya. Bijakle sikit berpolitik ni.
PadamOrang dalam PAS ini lupa dan terlalu berfikir yang dia orang menang kerusi Dun pilihanraya yang lepas kerana mereka menganggotai PR. Pilihanraya yang akan datang saya tidak akan undi pas dan syaitan umno jangan perasaan pengundi PR akan beralih kepada UMNO.
BalasPadamSepatutnya ulamak Pas ni menjadi pendamai atau penasihat kepada yang menjadi pencetus isu.Ini tidak Ulamak pulak yang hampir hilang pertimbanagn akal.kalu begitu pemikiran ulamak lebaih baik letakan sahaja kopiah tu pada kepala lutut.habis cerita .ornag ramai pun tak kisah lagi tentang status ulamak.biarkan orang ramai akan panggil ALAMAK PAS sahaja
BalasPadam