KUALA LUMPUR:
Sempena menyambut ulangtahun ke-57 negara kita mencapai kemerdekaan,
hayatilah tokoh agung pejuang pembebasan dan kemerdekaan iaitu Nabi
Muhammad SAW.
"Bagindalah yang bertanggungjawab membebaskan umat
manusia daripada segala bentuk penjajahan dan perhambaan," tegas
Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob menerusi facebook.
Justeru,
kata beliau penjajahan minda, pemikiran, aqidah sehinggalah kepada
penjajahan sistem kehidupan sama ada dari sudut ekonomi, politik mahupun
sosial perlu dibebaskan sepenuhnya dari anasir yang merosakkan
masyarakat bagi mencapai makna hakiki kemerdekaan.
"Kemerdekaan
yang hakiki ialah apabila seseorang itu berjaya melepaskan diri dari
belenggu jahiliah dan hasutan jahat diri," jelasnya.
Menurutnya,
masyarakat yang merdeka adalah masyarakat yang saling bahu-membahu
memastikan terlaksananya kebaikan dengan mencegah kemungkaran, hasilnya
lahirlah sebuah negara yang benar-benar merdeka.
Belau berkata,
sambutan kemerdekaan tahun ini agak suram dengan nahas pesawat MH17 dan
kehilangan pesawat MH370 yang sehingga ke saat ini tiada khabar berita.
Tambahnya, lebih menyedihkan lagi apabila mengenangkan saudara kita di Gaza yang sekian lama dijajah oleh regim zionis.
"Apa erti kemerdekaan kita tanpa lahirkan rasa belas kasihan untuk membantu mereka," ujarnya.
hd
Tapi apakah MB Kelantan juga seorang yang merdeka....
BalasPadam