SHAH ALAM, 20 OGOS: Segala pelan dan rancangan program Kerajaan
Negeri akan tetap dilaksanakan walaupun enam jawatankuasa portfolio
terpaksa dikosongkan.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr
Halimah Ali berkata, Kerajaan Negeri kini bekerja menjadikan keenam-enam
portfolio itu sebagai satu tanggungjawab bersama.
Katanya, Kerajaan Negeri terus komited untuk menjayakan segala program agar rakyat terus mendapat manfaat.
“Kita akan panggil semua (pegawai) stanco lain dan pegawai Unit
Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) setiap Selasa untuk selesaikan apa jua
program dirancang supaya berjalan seperti biasa.
“Empat orang Exco dan para pegawai cuba sebaik menjalankan tugas
berdasarkan perancangan yang disediakan sebelum ini,” katanya dalam
sidang media di pejabatnya hari ini.
Beliau ditanya kelangsungan Kerajaan Negeri dan pembahagian portfolio
selepas enam anggota Exco dipecat selepas enggan memberikan kerjasama
dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pada 11 Ogos lepas, DYMM Sultan Selangor memberi perkenan kepada
Abdul Khalid untuk terus memegang jawatan Menteri Besar sekalipun beliau
dipecat parti PKR dua hari sebelum itu.
Empat Exco daripada PAS termasuk Halimah memilih untuk kekal dalam
Kerajaan Negeri bagi menjamin kelancaran pentadbiran dan perancangan
sedia ada.
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...