Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Ogos 21, 2014

BERITA SEMASA ; Curi pasir, Polis rampas kapal RM2 juta

 
 
SIBU - Polis marin merampas sebuah kapal bernilai RM2 juta serta dua kren berharga RM800,000 selepas sebuah pasukan rondaan terserempak dengan kegiatan pengambilan pasir secara haram di Sungai Rajang di Tanjung Kumpei, di kawasan Hulu Lanang di sini pada Isnin. 
    
Pemerintah Polis Marin Wilayah 5, Asisten Komisioner N.Kalai Chelvan berkata, ketika melalui kawasan berkenaan, pasukan itu terserempak dengan kapal terbabit dan membuat pemeriksaan terhadapnya.
    
Pasukan itu mendapati terdapat tiga lelaki di atas kapal, termasuk tekongnya, dan apabila mereka gagal menunjukkan permit pengambilan pasir, kesemua mereka ditahan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 
    
Kalai Chelvan berkata pasir seberat 500 tan bernilai RM50,000 juga dirampas.
    
Beliau berkata barang yang dirampas itu diserah kepada Jabatan Tanah dan Galian Sibu untuk tindakan lanjut.

sh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...