SHAH ALAM 23 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
yang terpilih sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia.
“Tahniah kepada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, yang telah terpilih sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama’ Sedunia.
“Tokoh
agama sekaligus ahli politik yang diiktiraf dunia. Moga terus istiqamah
dalam perjuangan,” tulis Abdul Khalid di laman Facebooknya.
Abdul Hadi dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, semalam.
Perlantikan itu dibuat Pengerusi Kesatuan itu Dr Yusuf Al-Qaradawi
yang mengekalkan jawatannya untuk kali keempat berturut-turut.
Dua lagi yang turut dilantik sebagai Naib Ketua bersama Abdul Hadi
adalah Syeikh Raisuni dari Maghribi dan Syeikh Ahmed Al-Khalily Mufti
Kesultanan Oman.
Perlantikan mereka dipersetujui oleh ulama dunia yang bersidang di Turki, semalam.
Sementara Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul
Ghani Samsudin dipilih salah seorang daripada 20 ahli jawatankuasa
kesatuan itu.
sk
Punyalah nak ampu. Sikit tak sebut bahawa Ucaputama persidangan itu disampaikan oleh Anwar Ibrahim.
BalasPadam