KOTA BHARU:
Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, mencadangkan supaya pucuk pimpinan
PAS negeri itu meletakkan calon parti itu untuk bertanding pada Pilihan
raya Kecul (PRK) Dun Pengkalan Kubur yang akan datang.
Ketuanya,
Siti Zailah Mohd Yusof, berkata berdasarkan rekod pilihan raya yang
lepas, calon Pakatan Rakyat berpotensi untuk memenangi semula Dun
tersebut sekiranya meletakkan calon PAS.
Beliau berkata demikian
kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas majlis perasmian muktamar
dewan itu ke-41 oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, di
sini hari ini.
Muktamar berkenaan diadakan di Putik, dekat sini
yang turut dihadiri tetamu jemputan daripada beberapa NGO Islam seperti
Abim, Ikram, wakil Hamas Palestin dan muslimat PAS Pusat.
Menurutnya,
pengalaman lalu bukan hanya calon PAS yang pernah memenangi Dun
tersebut, sebaliknya apabila meletakkan calon PKR mewakili Pakatan
Rakyat, undi Dun lebih rendah berbanding peringkat Parlimen.
“Kita
melihat ianya tidak begitu seimbang antara pengundi di peringkat Dun
dan Parlimen seolah-olah ada sesuatu yang tidak diingini berlaku di
situ,” ujarnya lagi.
Katanya, kajian yang dibuat juga rata-rata
menunjukkan pengundi inginkan calon dari PAS dicalonkan setiap kali
pilihan raya ketika kajian dibuat di peringkat bawah.
“Jadi saya
mengharapkan untuk pilihan raya kecil ini pimpinan kita mempertimbangkan
cadangan untuk meletakkan calon kita bagi merampas semula Dun Pengkalan
Kubur,” ujarnya yang juga Ketua Muslimat PAS Malaysia.
Pada masa
yang sama beliau turut berharap pimpinan PKR dan penyokong memahami
hasrat dewan berkenaan tanpa memandang sebarang rasa prejudis terhadap
mereka.
Ketika ditanya PAS mungkin sukar untuk mengembalikan
kemenangan itu walaupun meletakkan calonnya disebabkan ianya pilihan
raya kecil, Zailah memberitahu ia akan dimulakan pada pilihan raya kecil
ini dahulu.
Tambahnya, memang ia sukar tetapi tidak mustahil untuk parti itu mencubanya.
Pilihan
raya kecil itu diadakan apabila Adunnya, Datuk Noor Zaidi Omar
meninggal dunia dua hari lalu di China akibat penyakit barah yang
dihadapinya.
Noor Zaidi memenangi Dun Pengkalan Kubur pada PRU 2004, 2008 dan 2013.
Pada
PRU13 lepas, allahyarham yang juga Ketua Umno Bahagian Tumpat mendapat
10,174 undi menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438) dan Bebas,
Izat Bukhary Ismail Bukhary (65).
hd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...