SHAH ALAM 18 OGOS: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris
Shah menitahkan supaya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid menunggu
sehingga Baginda Sultan berangkat balik ke tanahair bagi membincangkan
kedudukan Menteri Besar.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menerima permohonan Abdul Khalid untuk menghadap Sultan Selangor di luar negara bagi menjelaskan situasi dan perkembangan semasa politik di negeri Selangor.
”Dalam permohonan itu juga Abdul Khalid menyebut akan menyentuh mengenai isu kedudukan beliau sebagai menteri besar dan permohonan itu telah saya sembah maklum kepada Tuanku.
“Bagaimanapun, Baginda telah menitahkan supaya Abdul Khalid menunggu sehingga Baginda berangkat balik ke tanahair dalam tempoh beberapa hari lagi,” katanya.
sk

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...