SHAH ALAM, 25 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
mengucapkan terima kasih kepada pegawai kerajaan yang bersama-sama
beliau dalam usaha menjayakan segala agenda reformasi di Selangor.
Abdul Khalid menasihatkan seluruh warga kerja Selangor supaya terus
meningkatkan produktiviti dan meneruskan tugasan yang diberi dengan
sebaik-baiknya.
“Saya
mahu seluruh warga kerja di bawah panji-panji Kerajaan Negeri Selangor
ini sentiasa bekerja keras demi meningkatkan tahap produktiviti dalam
bidang masing-masing dalam usaha meneruskan tugasan yang diberikan
dengan sebaik-baiknya,” katanya lagi.
Abdul Khalid berkata beliau menerima dengan hati terbuka berhubung
perkembangan terkini status Menteri Besar Selangor yang disandangnya
setelah beliau kini tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.
Bercakap
pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor hari ini,
beliau berkata akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah
seterusnya.
Pertemuan itu akan berlangsung esok pada pukul 2.30 petang, namun
lokasi pertemuan belum dapat dipastikan dan akan dimaklumkan kelak.
“Namun begitu saya berharap semua kakitangan kerajaan akan terus
bekerjasama dengan saya meneruskan pentadbiran Negeri Selangor bersama
empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat tidak
terkesan dengan krisis politik ini,” katanya.
Abdul Khalid yang kini Adun Pelabuhan Klang Bebas dipecat dari PKR)sebagai ahli seumur hidup berkuatkuasa pada 9 Ogos lalu.
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...