Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Ogos 28, 2014

Berita Petang : “Hendak jadi kepala, buang perangai yang cela” Pesan MB Selangor

“Hendaklah berjasa Kepada yang sebangsa
Hendak jadi kepala Buang perangai yang cela
Hendaklah memegang amanat Buanglah khianat
Hendak marah Dahulukan hujjah
Hendak dimalui Jangan memalui
Hendak ramai Murahkan perangai”


BANGI, 27 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan golongan muda terutamanya para graduan untuk menjadi pemimpin sejati kepada bangsa dan tanah air.
Berucap di hadapan para graduan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) semalam, beliau menasihatkan semua untuk mempraktikkan kepimpinan adil, amanah, berintegriti dan menegakkan syiar Islam.

KUIS2Katanya, semua ciri berkenaan penting dipraktikkan dalam usaha membentuk pemimpin yang baik, setidak-tidaknya kepada keluarga.

“Ia bermakna, seorang pemimpin, harus menjauhi sikap tamak, angkuh, khianat dan sifat-sifat mazmumah yang lain kerana ia pasti akhirnya membinasakan diri, masyarakat dan negara.

“Oleh itu, graduan KUIS perlu berusaha untuk  menjadi pemimpin yang sentiasa merendah diri, sabar dan bijaksana agar setiap yang dilakukan dan diucapkan dapat memberi kesan  positif kepada masyarakat dan negara,” pesannya.

Beliau berkata demikian sewaktu hadir menyempurnakan Majlis Konvokesyen KUIS kali ke 17 yang diadakan di Pusat Konvesyen KUIS di sini pagi semalam.

konvoDalam ucapan khusus kepada para graduan, Abdul Khalid juga sempat membacakan gurindam berunsur nasihat untuk panduan di masa hadapan.
Antara bait gurindam karya Raja Ali Haji itu menyebut seorang pemimpin perlu amanah, tidak khianat, tidak fitnah dan memalukan orang.

“Akhir kata, marilah kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahuwataala agar diberi pelindungan kepada umat Islam di Selangor dan Malaysia daripada sifat fitnah dan serakah, tamak dan  kekejaman, kekacauan, bencana dan pelbagai kesusahan agar seluruh rakyat hidup dalam keharmonian dan kesaksamaan,” katanya lagi.

sk

1 ulasan:

  1. this guy sure knw how to hurt deep inside those who slandering him.....rugi klu pas x ambik this guy later on

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...