MACHANG - Kerajaan negeri melancarkan operasi mula pembinaan Lebuh Raya Rakyat sepanjang 30.5 kilometer bermula dari Bukit Bakar sehingga Dusun Damar, Kuala Krai secara rasmi, semalam.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, projek yang menelan belanja RM854 juta dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga atau empat tahun iaitu Disember 2017.
Urusan pengambilan tanah juga sedang dalam proses bicara, di mana empat kilometer darinya adalah milik kerajaan negeri.
Lebuh Raya Rakyat telah melancarkan mula kerja pada Mei 2012, dirasmikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini menerima banyak kritikan banyak pihak kerana tidak yakin dengan usaha tersebut.
Ahmad menegaskan kerja pembinaan lebuh raya yang sedang dilakukan itu akan menamatkan tuduhan dan sangkaan yang tidak betul terhadap usaha kerajaan negeri.
“Ia akan menamatkan persepsi sesetengah pihak yang menganggap usaha bina lebuh raya ini retorik semata-mata.
“Kerajaan negeri komited bantu rakyat selepas sekian lama berharap dari pembinaan lebuh raya daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang dapat dilaksanakan tahun ini,” katanya kepada media ketika Majlis Masuk Tapak Projek Lebuhraya Machang-Kuala Krai dekat Bukit Bakar.
Ramai pihak tidak yakin
Ahmad berkata, sebelum ini ramai pihak yang tidak yakin hasrat kerajaan negeri bagi membina lebuh raya kerana tiada sumber kewangan.
“Ramai yang tidak yakin kerana untuk bina lebuh raya perlukan dana yang banyak, sekurang-kurangnya RM2 bilion. Kita ada cara untuk menyelesaikannya, Insya-ALLAH jika sumber kita ada diurus dengan baik ia dapat menampung keperluan ini.
“Pembinaan lebuh raya ini adalah berfasa. Fasa satu dari Pasir Hor ke Kadok dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dan untuk Bukit Bakar ke Kuala Krai, kerajaan negeri yang akan bina, jika mereka (Kerajaan Pusat) mahu membantu kita (kerajaan negeri) tiada masalah, malah mengalu-alukan,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, projek lebuh raya tersebut telah lama tertangguh sejak dimasukkan dalam RMK-5 pada 1986 lagi.
Namun, pada akhir 2011, kerajaan negeri pada masa itu di bawah pentadbiran Nik Abdul Aziz berhasrat bina sendiri lebuh raya tersebut dari Kota Bharu ke Kuala Krai.
Berikutan kewangan tidak mengizinkan, dengan anggaran kos diperlukan bagi projek itu kira-kira RM1.8 bilion, kerajaan negeri mengambil keputusan membina lebuh raya bermula dari Machang ke Kuala Krai.
“Pada akhir 2013, kerajaan negeri memutuskan melakukan projek tersebut dengan tender terbuka dengan syarat bayaran tertangguh.
“Bayaran pertama hanya akan dibuat pada 31 Disember 2018 setahun selepas penyerahan jalan dalam masa tiga tahun setengah. Jika disahkan selamat digunakan, selepas itu kita akan bayar RM50 juta, bayaran kedua pula setahun kemudian dengan jumlah RM134 juta selama enam tahun,” ujarnya.
sh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...