SHAH ALAM, 14 OGOS: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengajak
seluruh rakyat Selangor bersama-sama mengadakan Solat Hajat mendoakan
agar isu kepimpinan di Selangor berakhir dengan baik.
Naib Presiden ABIM, Hasri Harun berkata, Solat Hajat selama tiga hari
berturut-turut demi memastikan harapan rakyat untuk melihat Selangor
mencapai jalan penyelesaian baik.
“ABIM
menyeru semua rakyat Selangor bersabar, bertenang dan bersikap rasional
dalam menghadapi kemelut ini,” kata Hasri dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata Solat Hajat ini bertujuan mendoakan semoga kemelut di
Selangor kembali aman dan program pembangunan rakyat dapat diteruskan
seperti biasa.
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...