SHAH ALAM 15 OGOS: Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen Mukhyi
mempertahankan tindakan kekal dalam kabinet Menteri Besar, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim bagi menghalang Umno mengawal sumber kewangan negeri dan
rizab simpanan RM3.2 bilion.
Sallehen Mukhyi berkata keputusan empat exco PAS itu sebagai benteng terakhir menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
“Orang
ramai patut tidak melihatnya sebagai pengkhianat kerana berdasarkan
Perlembagaan negeri hanya empat exco diperlukan bagi membolehkan
kerajaan negeri berfungsi,” kata Sallehen dipetik Malaysian Insider.
Empat exco itu adalah Iskandar Abdul Samad, Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen.
Sementara itu, Exco PAS Dr Halimah Ali berkata tiada semua yang
matang membuat keputusan dalam isu Menteri Besar kerana perkara itu
memerlukan kajian dan bukan keputusan terburu-buru.
“Perkara yang kecil mungkin tidak akan memberi impak yang besar,
tetapi perkara yang melibatkan massa, perlu penelitian, perlu dapatkan
sumber yang sahih dan lebih banyak sudut.
“Terlajak perahu boleh diundur terlajak buat berzaman padahnya,” kata Dr Halimah dipetik dari Facebooknya.
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...