Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Julai 09, 2014

[ SAH!!! ] Tiada perbincangan tukar MB Selangor... Laporan Astro Awani Tidak Benar..

SHAH ALAM, 9 JUL: Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Besar Selangor, Azman Bidin diberitahu Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah mengadakan perbincangan bagi menukar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perkara ini dimaklumkan sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Azman dalam satu pertemuan, semalam.

“Sehingga kini Majlis Presiden tiga parti ini tidak keluarkan kenyataan, maka itu semua tak betul.

Saya juga baru jumpa Datuk Seri Anwar, dia beritahu tidak ada perbincangan menukar menteri besar kerana perbincangan ini perlu dilakukan pimpinan tertinggi PR.

Anwar Khalid“Jadi, jelas tidak ada isu meletak jawatan, sama ada selepas raya atau September ini,” katnya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengumuman pertukaran menteri besar hanya boleh dibuat Majlis Presiden PR dan kenyataan Anwar itu selari dengan yang dikeluarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

“Tindakan mengeluarkan kenyataan seperti ini bertujuan menggunakan media untuk memberi tekanan dan melemahkan sokongan ahli PKR dalam baki cabang yang mengadakan pemilihan semula.

“Dia tidak ada kuasa tetapi gunakan media untuk beri tekanan,” katanya.

Azman berkata demikian ketika mengulas laporan laman sesawang Astro Awani memetik satu sumber yang tidak dinamakan berkata, Abdul Khalid akan meletakkan jawatan selepas Hari Raya Aidilfitri atau selewat-lewatnya September ini.

Sumber itu berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira program yang perlu dihadiri Abdul Khalid sepanjang Ramadan dan Syawal nanti.

Selain itu, sumber itu juga memberitahu pertukaran itu akan dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

sk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...