SHAH ALAM, 8 JULAI: Tradisi mengembalikan hasil negeri kepada rakyat
diteruskan lagi apabila Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.8
juta dalam Program Jom Shopping Raya kali ini.
Exco Kebajikan , Rodziah Ismail berkata, sama seperti tahun lepas,
program itu disasarkan bagi meringankan warga emas dan golongan kurang
berkemampuan membuat persediaan menyambut hari raya tahun ini.
“Dewan
Undangan Negeri (DUN) masing-masing sendiri putuskan bila nak mulakan
dan dijangka banyak nak mula minggu depan dengan melibatkan minima 300
penyertaan setiap DUN.
“Bagi DUN yang mempunyai kepadatan penduduk Islam tinggi akan diberi
lebih contohnya di mana kawasan yang mencapai 70 peratus penduduk Islam
dapat 600 kupon bermakna 600 penyertaan,” kata Rodziah ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.
Dalam usaha menambah mekanisma menyalurkan kekayaan negeri kepada
rakyat, Kerajaan Negeri melalui konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor
(MES) mewujudkan program Jom Shopping bagi perserta Skim Mesra Usia Emas
(SMUE).
Program
itu kemudiannya diperluaskan lagi kepada Jom Shopping di musim perayaan
bagi membantu golongan kurang berkemampuan dalam membuat persiapan
menyambut perayaan masing-masing.
Selain Jom Shopping Raya, program seumpamanya turut dijalankan, Jom Shoping Tahun Baru Cina dan Jom Shopping Deepavali.
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...