SHAH ALAM, 17 JULAI: Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad
Agus Yusoff menasihatkan individu yang bercita-cita tinggi menjadi
Menteri Besar Selangor dengan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
untuk lebih bertenang dan menyelesaikan krisis jawatan itu secara
damai.
Agus berkata, kegopohan berbuat demikian hanya merugikan dan tidak
mustahil jawatan yang diidamkan beberapa individu itu terlepas ke parti
lawan.
“Selesaikan
dulu krisis MB ini secara baik. Jangan gopoh. Nanti MB sekarang (Khalid
Ibrahim) nasihatkan Tuanku Sultan supaya bubarkan DUN, semuanya
terlopong nanti.
“Jika Tuanku setuju bubar DUN, entah-entah selepas itu, yang jadi MB bukannya Wan Azizah atau Azmin, tetapi Noh Omar.
“Dalam politik semuanya mungkin,” selorohnya dalam satu entri bertajuk Siapa MB Selangor? di akaun Facebooknya.
Sebelum ini, gambar banner dengan ucapan ‘Tahniah Azmin Bakal MB Baru’ tersebar luas di media sosial.
Banner yang tertera logo Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu dipercayai
dipasang di beberapa tempat dari persimpangan Sentul ke Gombak.
sk
setuju dengan pandangan propesor ini.
BalasPadamsetuju..nokhtah..aku pun buleh jadi MB
BalasPadam