SHAH ALAM 16 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
berkata beliau akan terus menggalas jawatan Menteri Besar Selangor
sehingga habis penggal ini.
“Saya
akan menunaikan janji saya pada rakyat Selangor untuk meneruskan tugas
sebagai Menteri Besar hingga habis penggal ini,” kata Abdul Khalid dalam
sidang media selepas Mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Jelas Abdul Khalid, perakuan akan menjalankan tugas sebagai Menteri
Besar dengan penuh tanggungjawab dan beramanah turut terkandung semasa
beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar selepas Pakatan Rakyat
(PR) menang selesa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Abdul Khalid berkata lagi, beliau juga bersedia menghadapi sebarang
tekanan dari mana-mana pihak yang berusaha menyingkirkan beliau dari
kerusi nombor satu negeri itu.
sk
Kamu boleh berjanji. Betul ke rakyat Selangor masih mahukan kamu atau kamu syok sendiri dengan sokongan UMNO/BN. Berhentilah Khalid sebelum rakyat Selangor menghumban kamu........
BalasPadam