SHAH ALAM, 18 JULAI: Majoriti rakyat Selangor berpendapat hala tuju
Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) berada di dalam landasan
yang betul.
Hal itu berikutan kajian yang dijalankan Merdeka Centre ke atas 6,436
penduduk di lapan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri itu
mendapati 54 peratus menganggap hala tuju daripada segi sosial, ekonomi
dan politik Selangor berada di landasan yang betul.
Dalam kaji selidik yang dijalankan bermula 16 Mei hingga 6 Julai 2014
itu mendapati43 peratus menjawab ‘agak betul’ dan 11 peratus menjawab
‘amat betul’ apabila diajukan soalan ‘sejauh manakah anda rasa bahawa
Selangor menuju ke arah yang betul atau tidak betul daripada segi
sosial, ekonomi dan politik’.
Kaji
selidik itu juga mendapati enam peratus menjawab ‘tidak betul’, 22
peratus menjawab ‘kurang betul’ dan 16 peratus lagi menjawab ‘tidak
tahu’ dan dua peratus tidak memberi sebarang respon.
Kajian yang dijalankan Merdeka Centre itu membabitkan 56 peratus
masyarakat Melayu, 29 peratus Cina dan 14 peratus India dengan pecahan
pendapatan isi rumah 43 peratus pekerja swasta, 16 peratus kerja
sendiri, 15 peratus suri rumah, 12 peratus kakitangan kerajaan atau
syarikat berkaitan kerajaan, 11 peratus pesara serta tiga peratus
pelajar atau tidak bekerja.
Mengikut pecahan umur pula, kajian sama membabitkan 33 peratus
responden terdiri daripada usia 41 hingga 50 tahun, 23 peratus pula 31
hingga 40 tahun, 22 peratus (51-60), 12 peratus (21-30) dan 10 peratus
adalah 60 tahun ke atas.
Sementara itu, mengikut pecahan pendapatan isi rumah pula, 28 peratus
berpendapatan melebihi RM5,000, 26 peratus (RM1,501- RM3,000), 21
peratus (RM3,001-RM5,000), 13 peratus kurang RM1,500 dan 12 peratus
tidak tahu atau tiada respon.
Kajian
itu dijalankan bagi pihak seksyen PBT, Unit Perancang Ekonomi Negeri
(UPEN) untuk rakyat menilai prestasi PBT secara langsung, sekali gus
membantu pihak bertanggungjawab menambahbaik prestasi masing-masing
dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di Selangor.
Selain itu, kaji selidik berkenaan dijalankan bagi memperkenalkan
budaya penyelidikan dan sumbang saran umum sebagai suatu aspek
penambahbaikan perkhidmatan awam di Selangor.
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...