SHAH ALAM, 17 JUL: PAS Selangor membidas pihak yang sengaja
menggunakan dan mengaitkan nama PAS Selangor dalam kemelut kedudukan
Menteri Besar Selangor.
Hal ini berikutan PAS Selangor tidak pernah menyatakan pendirian
kepada mana-mana pihak kononnya menyokong Menteri Besar negeri ini
ditukar.
“PAS Selangor mendapati ada pihak yang menggunakan nama PAS Selangor berhubung suatu pendirian yang tidak benar.
“Pas Selangor memberi peringatan kepada sesiapa sahaja yang cuba
mengeluarkan kenyataan atas nama PAS Selangor bagi mengaut keuntungan
politik.
“Kita memberi peringatan kerana hanya Pesuruhjaya, Ketua Penerangan
dan Setiausaha Perhubungan Negeri sahaja yang berkuasa membuat pendirian
rasmi Pas Negeri Selangor” kata Setiausaha Perhubungan Negeri Selangor
kepada Selangor Kini di sini, hari ini.
Jelas Mohd Khairuddin PAS Selangor sudah mengadakan beberapa
pertemuan dengan pemimpin PAS Pusat bagi menyatakan pandangan dan
pendirian jelas berhubung isu itu.
Kata beliau lagi, polemik menukarkan Menteri Besar yang baru harus
dihentikan kerana tindakan itu tidak mempunyai asas yang kukuh.
“Buat waktu ini kedudukan negeri sangat jelas iaitu Menteri Besar
Selangor adalah Tan Sri Khalid Ibrahim dan kita harap dihentikan polemik
yang boleh menggangu pentadbiran kerajaan negeri,” kata Mohd Khairuddin
lagi.
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...