Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Julai 23, 2014

[ Isu MB Selangor ] APA KATA RAKYAT..???

SHAH ALAM, 23 JULAI: Di sebalik keprihatinan rakyat dengan perkembangan tragedi MH17 dan konflik di Gaza, rakyat juga masih sempat meluahkan rasa masing-masing berhubung cadangan menukar Menteri Besar Selangor.

Tinjauan Selangor Kini di laman sosial Facebook mendapati ramai rakyat yang keliru dengan cadangan itu malah ramai juga yang memohon penjelasan lanjut.

Rata-rata rakyat termasuk yang bukan berasal dari Selangor terus menyatakan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan sebagai pemimpin yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat serta seorang pemimpin yang sukar dicari ganti.


“Mereka perlu menyatakan dimanakah relevannya TSKI harus digantikan dengan calon lain. Sepanjang lebih satu penggal pentadbiran yg diketuai TSKI di Selangor telah menunjukkan banyak peningkatan dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial ke tahap yang amat memberangsangkan.

“Kecemerlangan pentadbiran oleh TSKI dapat diakui meski dari pihak kawan mahupun lawan. Setakat 14 orang Menteri Besar Selangor sebelum ini, TSKI adalah yang paling terbaik tanpa dicemari isu-isu rasuah, kronisme dan sebagainya,” kata Ar May Asyraf.

tski2

“Teruskan bertugas dengan profesional Tan Sri. Kami rakyat Selangor terutama yang di Shah Alam menyokong pemimpin yang mendahulukan kepentingan rakyat kerana Allah, bukan kerana parti,” luah Roslina Abdul Rahman.

tski4

“Saya rakyat Perak, tapi dah 12 tahun mencari rezeki di Selangor. Saya nak nyatakan saya bangga, yakin dan sokong pentadbiran dan kepimpinan Tan Sri di Selangor,” kata Noor Halini Baharim.
“Sayangnya dan benar-benar kerugian jika Selangor kehilangan seorang MB yg berkaliber, bijak mengatur kewangan dan ekonomi Negeri Selangor, amanah dan telus. Moga terus dikekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim. Saya bukan penduduk Selangor pun tahu menghargai dan kagum akan beliau sementelah rakyat Selangor sendiri,” kata Lina Latip.

tski9

Selain itu, kewibawaan Abdul Khalid juga turut dikagumi dan menerima sokongan mereka yang pro Umno-BN dan yang berada di atas pagar.

“Saya bukan penyokong PR tapi saya kagum dengan kepimpinan Tan Sri selama ini yang lebih mengutamakan rakyat dari kepentingan parti, untuk buat pertukaran dalam masa terdekat ini bukanlah satu pilihan terbaik tetapi sekiranya pertukaran dibuat selepas pilihan raya nanti itu adalah hak parti. Kita tak mahu nanti terjadi sedikit salah paham seperti di Terengganu dulu,” luah Joy Chanis.

tski8

“Walaupun saya pro-kerajaan namun sebagai anak jati Selangor negeri bertuah ini saya cukup berbangga dengan kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB dan saya berharap Tan Sri akan kekal sebagai MB Selangor. Pentadbiran di bawah Tan Sri terurus dan membangun malah kebajikan rakyat terpelihara, syukur alhamdulilah,” kata Areel Rahman.

sk

6 ulasan:

  1. PKR khasnya Anwar dah jadi sasau kerana gila nak tukar MB TSKI. Tanpa TSKI sokongan rakyat kepada PR tak sebaik PRU yang lalu. Anwar telah mengatur beberapa langkah sebelum ini untuk menumbangkan BN, tetapi semua langkahnya gagal dan dapat dipatahkan oleh BN. Kali ini beliau menyusun langkah untuk menumbangkan panglimanya sendiri apabila tidak dapat menumbangkan BN. Sedarlah... langkah ini juga akan menemui kegagalan khususnya kepada PR. Rakyat akan melihat PR bukan parti politik yang berjuang kerana rakyat... tapi berjuang mengikut hawa nafsu Anwar dan kuncu2nya. Rakyat dah mual dengan permainan politik ini dan akhir nanti jangan salahkan rakyat atau TSKI kalau pilihan raya akan datang rakyat berpihak kepada BN.

    BalasPadam
  2. Ramai yang pandang TS Khalid hanya pada kulit saja. Itu sebabnya mereka kata TS Khalid pemimpin yang berwibawa. Mereka tidak sedar bahawa kelakuan TS Khalid sudah berubah. Memperlecehkan kawan-kawan sendiri tapi dalam masa yang sama memberi penghormatan pada musuh politik.

    Semua perbincangan yang berkaitan dengan kerajaan pusat TS Khalid buat secara bersendirian..... ini memberi gambaran bahawa TS Khalid sedang merancang sesuatu yang lebih mementingkan perut sendiri semata-mata tanpa mempedulikan lagi bantahan yang diberi oleh parti PKR.

    Apa yang dibelanjakan oleh TS Khalid kepada rakyat adalah duit dari kerajaan negeri yang dikumpulkan melalui cukai dan keuntungan dari syarikat GLC Selangor. Oleh kerana itu TS Khalid hanyalah orang perantaraan saja sama dilakukan oleh Najib melalui BR1M.

    Oleh kerana itu tidak timbul soal keprihatinan TS Khalid terhadap rakyat Selangor kerana sesiapa yang menjadi MB Selangor boleh melakukannya. Cuma yang tidak melakukan pengaihan secara adil adalah MB dari UMNO Baru.

    Apa yang orang ramai yang tidak nampak ialah perbuatan rasuah yang bakal dilakukan oleh TS Khalid dalam meluluskan semua projek dari kerajaan pusat. Perbuatan menerima rasuah belum berlaku tapi ia akan berlaku berasaskan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh TS Khalid yang berdolak-dalik terhadap beberapa projek yang dianggap sensitif dan kontroversi.

    Apa akan jadi pada kerajaan negeri Selangor kalau menteri besar makan rasuah dari musuh politik nya ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Admin nak dengar dari mulut pemimpin PRK sendiri..kalau sekadar maklumat dan tuduhan dengan mengunakan Tanpa Nama.. admin anggap maklumat sampah...dari umnobn...he he he he...

      Padam
    2. Saya setuju dengan pandangan saudara. Diharap rakyat berpandangan jauh dalam menangani isu ini.

      Padam
    3. GILA KUASA....
      Parti
      Keluarga
      Rosak...

      Padam
  3. DAP dan PAS hormati PKR calunkan Kak Wan sebagai MB. Dalam keputusan bersama belum pasti lagi. Rakyat Selangor bukan semua ahli PR ... jika sibuk berbalah ... ada kemungkinan Selangor melayang dari PR ..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...