Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Julai 11, 2014

[ Berita Pagi ] “Kontroversi berlarutan jawatan MB jejas pembangunan negeri” kata Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 JULAI: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sebarang bentuk pertukaran Menteri Besar Selangor perlu dibuat melalui konsensus bersama PAS dan DAP walaupun jawatan itu bukan milik peribadi.

Katanya, jawatan tersebut adalah mandat daripada rakyat yang diberikan melalui parti yang turut membabitkan proses pemilihan parti.

“Ini bukan soal memilih untuk menerima tuntutan orang tertentu atau mengekalkan kedudukan ini kerana ia bukan kerusi peribadi bagi sesiapa. Kerusi ini adalah mandat daripada rakyat melalui parti dan melalui proses pilihan raya parti.



khalid anwar raya 01“Dalam konteks Pakatan Rakyat, walaupun ini kerusi Menteri Besar PKR, kita harus runding dan capai kata sepakat dengan DAP dan PAS baru kita boleh pertahankan semangat muafakat ini,” katanya di Kelab Diraja Selangor semalam.

Beliau mengakui kontroversi yang berlarutan itu boleh memberikan kesan kepada pentadbiran dan pembangunan negeri.

Katanya, jasa dan pengorbanan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mengangkat martabat Selangor perlu dilihat kerana tatakelola yang diamalkan selama ini tidak pernah dilakukan menteri besar lain termasuk daripada Barisan Nasional (BN).

“Saya juga tidak setuju cara Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membuat serangan.

anwar“Bila serangan jadi polemik politik, itu tidak memberi keadilan kepada isu terbabit dan sumbangan Khalid khususnya kepada Selangor. Pengorbanan dia yang besar untuk mengangkat martabat negeri,” katanya.

Pada masa sama, bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga yang turut hadir menyatakan kebimbangan dengan perkembangan yang berlaku di Selangor dan berharap kemelut itu dapat diselesaikan segera.

Sejak kebelakangan ini, wujud desakan supaya ADUN Pelabuhan Klang itu meletakkan jawatan supaya digantikan dengan ‘individu yang lebih layak’.

Namun, Abdul Khalid tetap dengan pendirian untuk tidak membuat sebarang spekulasi termasuk dakwaan beliau bakal digantikan melalui usul tidak percaya.

sk

3 ulasan:

  1. DSAI hanya boleh bersuara tapi adakah dia berkuasa untuk menahan pemimpin bawahannya dari memburu jawatan bagi yang gila sangat nak jawatan MB itu, atau ada kroni yang sengaja memberi batu apai pada segelintir perosak yang berada dalam PKR sendiri,kita lihat saja bagai pemilihan ketua cabang di Kuala Selangor tempat MB TSKI sendiri bahkan jawatakuasa pemilih sendiri telah masuk campur dalam hal pemilihan yang memehak kepada kekalahan TSKI apakah DSAI tidak nampak itu, itulah sebabnya jika tidak dikawal dari awal tunggu dan lihatlah PKR selango Khususnya dan PR selangor amnya akan kecundang dalam PRU14 nanti dan ditambah buruk lagi bila TSKI berjumpa PM Najib pun sudah dijadikan isue,apakah salah jika tuan rumah dijemput bersama untuk meraikan majlis yang diadakan dikawasan premis rumah kita ,itulah yang terjadi pada TSKI.

    BalasPadam
  2. PR diberi ingatan supaya kontroversi MB Selangor tidak berlarutan...rakyat sebenarnya sudah bosan dan muak dengan pemimpin2 PKR yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan MB TSKI. Pada rakyat TSKI sudah terbukti berjaya dalam mengurus dan mentadbir Selangor. Tidak perlu hendak tukar-tukar lagi. Rakyat sudah selesa dengan cara TSKI membangunkan negeri Selangor. Ketua Umum DSAI perlu tegas dengan pemimpin2 PKR yang mabuk dgn jawatan ini...

    BalasPadam
  3. Aku tak faham la PKR, siapa yang jadi ketua...Azmin ke Anuar...Yang Azizah tu pulak mulut dah kena kunci ke atau jadi puppet semata mata...Sebelum mengundi PKR dalam PRU 14 nanti,..kita congak congak lah dulu parti "kecoh" ini.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...