Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Julai 10, 2014

[ Berita Dunia ] Anwar Ibrahim kutuk keganasan Israel di Gaza

KUALA LUMPUR 10 JULAI: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya serangan Zionis terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sewaktu umat Islam kini menjalani ibadah Ramadhan.

Ketua Umum KEADILAN itu turut kesal dengan sikap pemimpin negara Islam, terutama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam menyatakan bantahan.

israel-gaza-smoke-_2967901k“Kita kutuk sekeras-kerasnya (Tindakan ganas Israel) dan kita kesal kerana lambatnya negara Islam bertindak malah OIC baru nak bersidang,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan dengan kumpulan massyarakat sivil di sini, semalam.
Serangan yang memasuki hari kedua ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 41 rakyat Palestin termasuk kanak-kanal. Manakala lebih 370 yang lain tercedera dalam serangan yang dianggap terburuk sejak 2012.



Terdahulu, tentera Udara Israel melancarkan serangan bom ke atas 160 sasaran di Genting Gaza dalam tempoh semalaman selepas meluaskan kempen ketenteraan untuk menghentikan serangan roket dari Palestin sehingga menyebabkan kemusnahan akibat daripada serangan udara Israel di Beit Hanoun, di utara Semenanjung Gaza 9 Julai lalu.

Turut menjadi sasaran, serangan udara Israel itu termasuklah kediaman penduduk dan hospital.
Dalam perkembangan lain, semalam Hamas cuba menyerang dari laut dan membedil roket jarak jauh ke arah beberapa buah bandar utama seperti Baitulmuqaddis dan Tel Aviv selain Hadera yang terletak lebih 100 kilometer dari Gaza.

Namun, media barat melaporkan semua serangan itu dapat dipatahkan oleh tentera Israel.
Dalam laporan itu juga menyatakan “Iron Dome Israel” tidak dapat menghalang sebahagian daripada roket hamas dan berjaya menembusi Israel.

Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam mengaku bertanggungjawab melancarkan bedilan roket tersebut. Mereka menyatakan sekitar empat roket M75 telah dilancarkan ke arah bandar Tel Aviv.

kd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...