KUALA LUMPUR 25 JUN: Perlantikan pimpinan MCA dan Gerakan dalam
kabinet bertujuan menarik kembali sokongan masyarakat bukan Melayu
supaya kembali kepada Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, penstrukturan semula
kabinet yang ditunjangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu
menjadikan ia antara kabinet terbesar dalam sejarah negara, selepas
penolakan nyata kedua-dua parti komponen BN itu pada Pilihan Raya Umum
ke-13 lalu.
Katanya, tindakan Najib juga bercanggah dengan apa yang ditonjolkan
kelompok ‘Melayu Ultra’ yang dibawa badan bukan kerajaan (NGO) yang
dibela Umno.
“Keputusan itu seperti ingin melunturkan imej ‘Melayu Ultra’
antaranya Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Ikatan Muslimin
Malaysia (Isma) secara tidak langsung demi meraih sokongan bukan Melayu
walaupun NGO ini turut memberi sumbangan penting bagi Umno,” katanya
dipetik.
Beliau
mengulas perlantikan Pengerusi MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai ke
dalam kabinet sebagai Menteri Pengangkutan, manakala Datuk Wee Ka Siong
dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Sementara itu, Pengerusi Gerakan, Datuk Mah Siew Keong turut dilantik
sebagai Menteri di JPM, Lee Chi Leong (Timbalan Menteri Perdagangan
Antarabangsa), Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan), Datin Paduka
Chew Mei Fun pula kembali memegang jawatan lama beliau iaitu sebagai
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Khalid berkata, keputusan Najib merombak kabinet dengan menambah
anggota di bawah Jabatan Perdana Menteri hanya memberi manfaat kepada
Najib sendiri, selain untuk membalas jasa kepada mereka yang berjaya
mempertahankan kerusi BN.
“PM boleh goyang kaki bersama isteri? Tambah anggota Kabinet tapi
Kabinet tetap tak berupaya. Jawatan sebagai hadiah…,” kata Khalid di
twitter.
kd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...