Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
mengumumkan bayaran bantuan RM500 sekali sahaja kepada 43,000 penoreh
dan pekebun kecil getah di seluruh negara yang akan diagihkan Ramadan
ini.
Beliau berkata bantuan itu, yang merupakan saranan Kementerian Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah, akan dapat membantu meringankan beban penoreh
yang tidak mempunyai kebun getah sendiri dan pekebun kecil yang terkesan
akibat harga getah yang rendah pada masa ini.
"Bayaran sekali sahaja sebanyak RM500 akan dibuat pada Ramadan ini
melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah," kata perdana
menteri di majlis Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang peringkat
kebangsaan di Kampung Parit Haji Ali, Mukim 8 Sri Gading di Batu Pahat
semalam.
Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
mk
Admin : BERI AMBIK KITA BERSYUKUR KEPADA ALLAH....
JIKA ADA PILIHAN RAYA KITA UNDI PAKATAN RAKYAT... KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...