SHAH ALAM 10 MEI: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata
sistem pendidikan tinggi universiti di negara ini memerlukan reformasi
total bagi mengembalikan keupayaan institusi pendidikan membangunkan
modal insan berkualiti.
Anwar berkata, seorang pensyarah di Eropah sendiri mencadangkan agar
berlaku perubahan dalam sistem pendidikan di Universiti Harvard.
“Baru
tadi Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa
kita tidak akan ambil peduli terhadap sebarang penilaian berkenaan
standart kualiti universiti. Ini berbeza.
“Ini Universiti Harvard pun diminta untuk ditegur agar diperbaiki
untuk cemerlang.Tetapi di Malaysia ada menteri berkata universiti di
negara ini adalah yang terbaik. Ini dia masalahnya.
“Jadi kita kena cetuskan perubahan dalam pemikiran rakyat,” kata
Anwar dalam Majlis Makan Malam Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Shah Kuala Lumpur, malam tadi.
Anwar berkata beliau menggesa mahasiswa perlu menyelami kesusahan rakyat di kawasan pinggir bandar.
“Apa makna kekayaan sesebuah negara tetapi tidak ada peningkatan
pendapatan rakyat malahan pendapatan golongan kaya meningkat tetapi
beban rakyat semakin meningkat,” kata Anwar.
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...