PETALING JAYA 16 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
meminta calon yang bertanding dalam pemilihan parti itu supaya
menghormati keputusan yang dibuat anggota parti yang memilih mereka.
“Pemilihan ini satu persaingan persahabatan, terima keputusan dengan baik dan bijak dan bekerjalah dalam satu pasukan,”
“Tindakan mereka bekerja untuk memantapkan parti KEADILAN
menyenangkan,” jelasnya dalam sidang media bersama-sama tiga calon
Timbalan Presiden KEADILAN di Ibu Pejabat parti itu hari ini.
Dalam pada itu Anwar turut menyatakan rasa gembira dengan kehadiran
Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution ke sidang
akhbar tersebut.
Jelasnya kehadiran itu adalah satu isyarat kepada semua ahli bahawa
persaingan yang wujud sedikitpun tidak melunturkan semangat kekeluargaan
dalam parti.
“Ini umpama pertandingan adik beradik, Kita masih bersama-sama,” tegas Anwar dalam sidang media tersebut.
Sementara itu, Anwar berkata, kepimpinan utama tegas bersama
menyatakan pendirian mengutuk kekecohan yang menyebabkan penggantungan
pemilihan di beberapa cabang KEADILAN di Selangor minggu lalu.
Kekecohan itu jelasnya ditimbulkan oleh pihak luar terutama oleh bukan ahli parti sendiri.
kd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...