SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR akan membuat kenyataan rasmi mengenai tarikh pemilihan semula di beberapa cabang PKR Selangor yang ditangguhkan pemilihannya.
Abdul Khalid berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik PKR yang dihadirinya malam tadi, antara lain membincangkan tata cara pengundian dan penyeragaman tempat-tempat pengundian untuk pemilihan semula cabang PKR Selangor.
"Kami telah membuat beberapa ketetapan dalam mesyuarat biro politik di mana hari ini atau pun esok JPP akan membuat kenyataan mengenai keputusan biro politik (mengenai isu pemilihan semula cabang PKR Selangor yang ditangguhkan)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan amal sempena 'Malaysia Women Marathon 2014' di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata, beliau tidak akan memberikan sebarang kenyataan terbuka mengenai isu itu, sebaliknya akan memberikan ruang kepada JPP membuat pengumuman.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas 10 daripada 22 cabang PKR Selangor yang terpaksa mengadakan pemilihan semula berikutan bantahan pelbagai pihak berhubung perjalanan pengundian asal cabang itu Ahad lepas termasuk cabang yang ditandingi Abdul Khalid di Kuala Selangor.
Sementara itu, bekas anggota Parlimen Kapar S Manikavasagam yang juga anggota seumur hidup PKR ketika dihubungi Bernama berkata beliau tidak pasti kedudukannya dalam parti sama ada digantung ataupun dipecat ekoran kenyataannya sebelum ini.
Beliau mendakwa seorang daripada pegawai menteri besar Selangor memberi suapan sehingga RM50 kepada pengundi untuk membantu Abdul Khalid menang jawatan ketua bahagian cabang PKR Kuala Selangor.
Abdul Khalid bagaimanapun menafikan penglibatannya membeli undi untuk mendapatkan sokongan pada proses pemilihan PKR.
sh
Admin : Tanda orang tidak ikhlas dalam perjuangan mereka ialah gila jawatan, gila pangkat, penting diri sendiri, mengkhianati perjuangan dan tidak ada prinsip.... fikir-fikirkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...