Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, April 26, 2014

[ Terbaik!! ] Anwar Ibrahim beri pukulan Maut Untuk Amerika Syarikat.

 

 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat supaya jangan hanya menumpukan kepada agenda perdagangan dan pelaburan sahaja dalam penglibatannya di Asia termasuk Malaysia , tetapi mesti juga kekal berpegang kepada nilai-nilai sebenarnya berkaitan soal kebebasan dan demokrasi.

Katanya, lawatan Presiden Obama ke Malaysia hujung minggu ini dibuat pada masa yang penting dan ia merupakan masa yang sesuai untuk Obama membuktikan idealnya yang didukung dalam kempennya dan pada hari-hari awal pentadbirannya.

Anwar menegaskan demikian dalam tulisannya yang disiarkan di
akhbar Washington Post hari ini, ketika Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk lawatan dua hari .
Pembangkang kecewa bahawa Obama tidak akan menemui Anwar yang disabitkan terhadap tuduhan liwat bulan lalu, yang menurut mereka, satu pertuduhan yang direka dan untuk membunuh karier politik Anwar.

Bagaimanapun, Obama dijadual mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil masyarakat sivil terkemuka esok, termasuk kumpulan pembaharuan pilihan raya BERSIH, Islamic Renaissance Front dan Majlis Peguam.


mk

2 ulasan:

  1. Kalau anuar bolih membuktikan dengan cara bersumpah laknat dan menjunjung AL QURAN baru lah bolih kata pertuduhan keatas diri nya di reka, kenapa takut nak membuktikan kebenaran, kenapa hanya sebelah pihak saja yang berani melakukan sumpah laknat ????

    BalasPadam
    Balasan
    1. belajar agama lagi.. sumpah2 ni keje sape..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...