SEREMBAN - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal apabila
pengumuman awal dibuat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
untuk bertanding dalam pemilihan PKR sebagai timbalan presiden parti
diperbesarkan pelbagai pihak.
Menurut beliau, soal bertanding merebut sesuatu jawatan dalam parti
merupakan perkara normal dan bukanlah sesuatu yang memelikkan.
“Kita hairan, mengapa hal ini perlu diperbesarkan. Sedangkan, dalam
mana-mana parti pun ada pertandingan seperti ini termasuklah BN.
Sepatutnya, tidak timbul sebarang masalah membabitkan pengumuman
berkenaan.
“Namun, apabila melibatkan PKR, seolah-olah menjadi satu dosa atau
kesalahan besar pula untuk melakukannya. Inilah yang kita kesalkan,”
katanya selepas menghadiri sesi Dialog Bersama Anak Muda di Royale
Bintang Resort & Spa, semalam.
Beliau tidak menafikan, hal ini menjadi sebutan ramai memandangkan
pengumuman dibuat Abdul Khalid agak terlalu awal, sedangkan pencalonan
ditetapkan pada 29 Mac ini.
“Bagaimanapun, itu hak beliau (Abdul Khalid) untuk berbuat demikian.
Kita tidak menghalang mana-mana individu untuk bertanding, asalkan
mematuhi etika dan tidak mengecam antara satu sama lain.
“Cuma, kita harap pada masa ini agar tumpuan penuh diberikan terhadap PRK Dun Kajang terlebih dahulu,” katanya.
Sementara itu, mengulas tentang memorandum persefahaman (MoU)
penstrukturan semula industri bekalan air Selangor ditandatangani antara
kerajaan persekutuan dan negeri itu, Anwar berkata, beliau menyambut
usaha itu.
“Kita menyokong sepenuhnya sebarang usaha untuk menyelesaikan masalah
air yang melanda Selangor sejak sekian lama. Justeru, desas-desus
mengatakan saya tidak bersetuju dengan MoU terbabit adalah tidak benar,"
katanya. sh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...