KUALA LUMPUR 2 MAC : Naib Presiden KEADILAN, N Surendran membidas
kenyataan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim bahawa Datuk Seri Anwar
Ibrahim mengusahakan ‘langkah Kajang ‘ bagi menyelamatkan diri daripada
kes Fitnah II.
Menurut Surendran, kenyataan Zaid itu bukan sahaja tidak menunjukkan kematangan, malah dilihat terdesak untuk meraih undi.
“Daripada PRU 13 lagi, pertuduhan kes liwat ini ditimbulkan, kenapa
seorang pemimpin harus ada sikap yang tidak matang dengan mengeluarkan
kenyataan yang tidak masuk akal.
“Isu ni dah dimainkan lama, tapi Anwar dah terlepas dan masih
bertahan sampai hari ini, kenapa timbul lagi isu sebegini?,” soalnya
ketika dihubungi.
Terdahulu, Zaid yang bercakap dalam majlis makan malam bersama
pengundi Kajang malam tadi turut berkata Anwar mahu menjadi menteri
besar bagi memperoleh pengaruh, jika terlepas dari dakwaan itu.
Kata Surendran, tuduhan Zaid merupakan modal politik BN dan
menunjukkan bekas menteri itu kehabisan idea dalam kempen pilihan raya
kecil itu.
“Mereka seolah-olah tiada modal untuk berkempen, tapi gunakan isu
yang sudah lapuk untuk meraih undi daripada masyarakat, terutama
penduduk Kajang,”
“Tolong rasional dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan, walaupun nak
raih undi penduduk Kajang, jangan dilihat seperti terdesak,” ujarnya.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...