KAJANG - "Baru kena ugut tampar sudah panik, inikan pula mahu
mempelekehkan (Datin Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail)yang sudah hidup
susah dan kenal makna sebenar keadilan," demikian kata Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak layak
berbuat demikian sehinggalah beliau sendiri mengenali erti keadilan dan
belajar cara hidup susah tanpa bergantung kepada kemewahan keluarga.
"Khairy... Jangan cakap sombong, kamu belajar dulu hidup susah dulu dan cakap banyak.
"Kalau salah, hukum tak apa, 16 tahun setiap hari dimalukan, sejak 1998
saya setengah mati kena pukul, jangan sombong, ini hari ini kamu
menteri, esok belum tentu lagi," katanya pada ceramah umum di Kampung
Baru Sungai Chua, di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Menteri Belia dan
Sukan itu yang menggelar, Presiden PKR itu sebagai boneka kerana
terpaksa menjadi calon bidang terjun di PRK N25 Kajang.
Menurut Anwar yang mempertahankan isterinya sambil berkata, Wan Azizah
merupakan pelajar cemerlang yang dianugerahkan pingat emas sewaktu
melanjutkan pelajaran di luar negara dalam jurusan kedoktoran tanpa
sebarang bantuan dan pengaruh keluarganya.
"Masa Wan Azizah belajar di Royal College of Surgeons Ireland, dia
adalah salah seorang daripada 'top student', bukan sebab kouta atau bapa
dia kaya dan menteri.
"Bila saya masuk penjara, dia ambil alih tanggungjawab (tuntut keadilan)," katanya lagi. sh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...