Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Januari 22, 2014

Yang dibangkit isu ekonomi & kos sara hidup, bukan isu kaum - Anwar Ibrahim

pr_hq_pasKUALA LUMPUR 22 JAN: Pakatan Rakyat menyelar usaha pihak tertentu yang ingin menyemarakkan tindakan melampau dengan niat membangkitkan persengketaan perkauman seperti mana yang berlaku dalam bantahan di Pulau Pinang baru-baru ini.
“Kita ingin jelaskan, bahawa ini isu ekonomi, kemiskinan dan kenaikan (harga) barang
“Isu rakyat tidak harus diputarbelit untuk menakut-nakutkan. Termasuk (flashmob) kangkung yang ingin dikaitkan dengan insiden 13 Mei,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Pejabat Agung Pas, hari ini.

Tegas Anwar, tidak wujud masalah perkauman dan perpecahan melainkan provokasi pihak tertentu yang dengki dengan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

18 Januari lalu, kira-kira 600 ahli Umno berhimpun di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan membawa sepanduk provokatif mengancam mengulangi tragedi 13 Mei sekiranya isu kangkung terus dimainkan.

Antara sepanduk yang dibawa termasuk yang tertera ayat ‘Menghina PM seperti menghina Melayu’, ‘Melayu Pulau Pinang bertahan kerana makan kangkung dan “DAP musuh Islam”.

“Apa sahaja pertelingkahan dan pergaduhan, yang selalunya menjadi mangsa adalah rakyat miskin di peringkat bawahan,” kata Anwar.

Kangkung-Lee-Khai-LoonDalam pada itu Anwar turut mempertahankan tindakan ‘flashmob kangkung’ yang dianjur Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon yang menurutnya tidak berniat menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“YB Lee Khai Loon telah buat kenyataan. Dia nafikan (berniat) menghina dan menjelaskan tidak bermaksud untuk menghina Datuk Seri Najib.

“Apa yang hendak dia sampaikan ialah mesej tentang penderitaan rakyat,” kata Anwar.

KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...