KUALA
LUMPUR 22 JAN: Pakatan Rakyat akan mengadakan konvensyen peringkat
kebangsaan di Selangor pada 8 Mac ini, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Anwar turut mengumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid
Ibrahim sebagai penasihat program, manakala Pengerusi Jawatankuasa
Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan & Peneroka Bandar Selangor, Ir
Iskandar Abdul Samad sebagai pengarah.
Turut hadir sidang media bagi mengumumkan konvensyen tersebut ialah
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit
Siang.
Keadilandaily difahamkan Sekretariat Pakatan Rakyat,
pertemuan kali ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
manakala tema, logo dan tarikhnya akan diumumkan dalam masa terdekat.
Konvensyen Pakatan Rakyat kali ini adalah yang kelima semenjak 2008
dan yang pertama selepas pilihan raya umum ke-13 dilangsungkan pada Mei
2013.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...