PETALING
JAYA 17 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
tidak boleh diadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya ketiika
masih diterajui pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia ada.
Katanya, SPR sehingga hari ini masih gagal menyelesaikan pendedahan
ratusan penyelewengan dan salah laku sepanjang pilihan raya umum ke-13
pada Mei 2013.
“Mengapa SPR dalam format yang ada sekarang ini diberi kuasa untuk meneruskan persempadanan semula?
“Dia (SPR) tidak ada wibawa. Dia (SPR) terlibat dalam kes penipuan. Masih tidak selesaikan pembersihan senarai daftar pemilih.
“(Dengan pimpinan lama) adakah masih mahu teruskan dengan
tanggungjawab baru? kata Anwar pada seidang media di ibu pejabat
KEADILAN, semalam.
Pakatan Rakyat melalui KEADILAN, Pas, DAP termasuk pasukan Pemantau
Bersih sebelum ini mendedahkan ratusan penyelewengan, malah 60 petisyen
keputusan turut dibawa ke mahkamah pilihan raya.
Justeru tegas Anwar, persempadanan semula yang dibenarkan dalam
tempoh 10 tahun tidak boleh dijalankan oleh SPR dan pengerusinya harus
meletakkan jawatan serta-merta.
Cadangan ini pernah disuarakan sebelum ini oleh bekas Timbalan
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah yang mendesak ahli
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz
Yusof diberhentikan serta merta.
KEADILAN sebelum ini melalui pasukan khas bagi mengkaji maklumat dan
sistem persempadanan semula menegaskan, tiga kriteria utama perlu
diselesaikan SPR seblum cadangan itu dipertimbangkan.
Antaranya, jurang perbezaan pengundi antara parlimen dikurangkan
sebanyak 15 peratus, jumlah kerusi di Sabah dan Sarawak kekal
sekurang-kurangnya 26 peratus daripada keseluruhan jumlah kerusi
parlimen dan satu-satu kawasan parlimen tidak sepatutnya melebihi tiga
Majlis Perbandaran.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini menggunakan
alasan bahawa proses itu pernah dijalankan pada 1958, 1974, 1984 dan
1994.
Justeru kata Anwar, cadangan SPR menggesa Pakatan Rakyat menerima
persempadanan semula kononnya ia menguntungkan semua pihak tidak masuk
akal.
“Pendirian KEADILAN dan Pakatan Rakyat dari awal sama seperti pendirian Bersih. Kita membantah cadangan SPR,” tegas Anwar.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...