KUALA LUMPUR 11 DIS: Peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail mendapat layanan lebih
istimewa berbanding layanan yang diberikan Singapura kepada seorang
Menteri yang melawat negara itu.
Malah Shafee juga mendakwa Gani pernah diberi layanan cukup istimewa
apabila dijemput terus dari ‘tarmac’ ketika beliau sampai dengan
penerbangan ke negara jiran itu.
Perkara tersebut dinyatakan dalam akuan bersumpah bekas Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang menceritakan
butiran perbincangan diantara beliau, Shafee dan Bekas Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff dalam
pertemuan mereka di pejabat Shafee.
Semasa pertemuan diantara mereka, Shafee juga mendakwa Gani Patail
yang mengetuai pasukan undang-undang bagi delegasi Malaysia dalam
pendengaran kes pertikaian hak terhadap Pulau Batu Putih diantara
Malaysia dan Singapura melakukan pengkhianatan yang menurutnya
menimbulkan kemarahan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir.
Gani
didakwa dengan sengaja tidak mengemukakan keterangan penting dalam
perbicaraan Pulau Batu Putih di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
pada tahun 2007.
Tindakan tersebut akhirnya menjadi punca pulau yang jaraknya hanya 7.7 batu nautikal dari Johor menjadi milik Singapura.
Shafee semasa pertemuan tersebut juga menjelaskan kepada Mat Zain
bahawa satu jumlah wang yang sangat besar dipindahkan ke dalam akaun
bank Gani di Hong Kong.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...