KUALA LUMPUR 18 DIS: Sumber yang rapat dengan kerajaan mendedahkan kepada Keadilandaily
bahawa perusahaan carigali minyak oleh syarikat-syarikat Malaysia di
negara Timur Tengah terjejas teruk kerana isu Syiah yang dicanang
kerajaan Malaysia.
Sumber tersebut menambah, kerajaan Iraq menjadi tidak selesa dengan
tindakan Malaysia terutama apabila ada usaha untuk mengambil tindakan
terhadap mereka yang dituduh berfahaman Syiah.
Ini dijangka akan menjejaskan hubungan dua hala dan perniagaan di
antara Malaysia dan Iraq yang merupakan antara rakan dagangan penting
Malaysia.
Iraq memiliki kira-kira 60 peratus penduduknya yang berfahaman Syiah,
bahkan pernah melantik perdana menterinya, Ibrahim Al Jaafari yang juga
menganut ajaran itu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini membuat
serangan peribadi ke atas Mat Sabu dengan mendakwa Timbalan Presiden Pas
itu mengamalkan fahaman Syiah.
Bagaimanapun, Mat Sabu menafikan perkara sekeras-kerasnya, sebaliknya
mengakui beliau hanya mengagumi ketokohan pemimpin Iran, Ayatollah
Khomeini. Petronas menghentikan import minyak dari Iran sejak 2012, atas
sekatan Amerika Syarikat.
Baru-baru
ini, Petronas mengumumkan perolehan pertamanya daripada lapangan minyak
Garraf yang terletak di wilayah Thi Qar di selatan Iraq. Petronas
Carigali Iraq ialah pengendali lapangan minyak Garraf.
Manakala rakan kongsinya ialah Japan Petroleum Exploration Co Ltd dan
North Oil Company, syarikat milik negara itu. Petronas Carigali juga
dilapor berminat dalam lapangan minyak Halfaya Iraq yang dikendalikan
PetroChina serta lapangan minyak Majnoon dan Badra.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...