SHAH ALAM 13 DIS : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
menyertai majlis solat hajat dan bacaan yassin bagi memohon isu
penstrukturan air Selangor dapat segera diselesaikan di Masjid Negeri,
Shah Alam, malam tadi.
Kira-kira 200 jemaah hadir ke majlis berkenaan yang diketuai oleh Imam Besar Masjid Negeri, Ahmad Mustafa Mohd Sidin.
Hadir
sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Exco Agama, Permodenan
Pertanian Dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi dan Exco Sukan, Dr Yunus
Hairi.
Majlis terbabit dimulakan dengan acara solat Maghrib secara berjemaah diikuti dengan solat hajat, bacaan yassin dan solat Isyak.
Sebelum ini, Abdul Khalid komited menyelesaikan isu penstrukturan air
di negeri itu dengan menawarkan RM9.65 bilion kepada empat syarikat
konsesi
Empat syarikat konsesi terbabit dalah Syarikat Bekalan Air Selangor
Sdn Bhd, Konsortium Abbas Sdn Bhd, Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat
Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd yang meliputi industri air di
Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.\
-NFN-
SelangorKini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...