KUALA LUMPUR 14 DIS: Kenyataan Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif
Omar bahawa ada komplot untuk menghancurkan negara, disifatkan usaha
menutup masalah sebenar seperti rasuah dan kenaikan kos sara hidup, kata
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Menurutnya, Hanif sepatutnya bimbang dengan nasib rakyat yang
dihimpit kenaikan harga barangan dan bukannya mengeluarkan kenyataan
membodek kerajaan ataupun Sultan.
Pada masa ini, katanya, harga rumah, kos bahan api dan barang
keperluan harian mengalami kenaikan dan membebankan rakyat, berbanding
pendapatan mereka yang tidak berganjak.
“40% isi rumah di negara ini mempunyai pendapatan bawah RM3000
sebulan. Isu ini yang patut beliau bangkitkan. Bukan cuba momokkan
rakyat dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak relevan,” katanya ketika
dihubungi.
Saifuddin berkata, isu hak istimewa Bumiputera, kedudukan raja-raja
Melayu dan kesucian agama Islam tidak pernah dipersoalkan Pakatan
Rakyat. Sebaliknya, pimpinan PR sendiri komited mempertahankan perkara
itu seperti ditegaskan dalam perlembagaan.
“Semasa konvesyen PR di Shah Alam pada 19 Disember 2009, pimpinan
tertinggi PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan
Lim Kit Siang telah menandatangani deklarasi yang mempertahankan
perkara-perkara asas ini sebagai komitmen mereka memeliharanya dalam
Perlembagaan Malaysia,” ujarnya.
Dalam pada itu, ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar
menganggap Hanif menjatuhkan kedudukannya sebagai bekas Ketua Polis
Negara dengan menjadikan dirinya seperti ‘lembu dicucuk hidung’ oleh
kerajaan.
“Kerajaan telah membuat penyelewengan terhadap hak istimewa
Bumiputera. Mereka ‘putera’kan kroni dan mem’bumi’kan kaum Melayu dan
Bumiputera,” katanya.
Tambahnya, Hanif patut menyalahkan kerajaan yang gagal dalam
menjalankan fungsi sehingga munculnya rakyat negara ini yang mengaku
diri sebagai tuhan seperti yang didakwanya.
KeadilanDaily
tak abis lagi mamat ni dah lah tu walau pun bekas kpolis apa orang nak heran dengan kenyataan yang macam tu sana komplot situ komplot banyak pula duk merepet
BalasPadamdia nilah yang kata tak ada ayat al-Quran yang kata judi itu haram ...... ada juga orang yang caya cakap dia lagi ke ....???
BalasPadamkesian apa boleh buat hidayah milik Allah diberikan kepada hambaNya yang dikasihi
PadamDia ni kalau tak buta mgkn bodoh agak ny.Tak payah ada komplot utk menghancur kn negara.Skrg ni pun pun negara dh menuju kehancuran krn tidak amanah ny pemimpin2 negara.Kesejahteraan kehidupan rakyat dh lama hancur,dek kerakusan pemimpin UMNO.
BalasPadam