KUALA LUMPUR 7 DIS: Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan
menyingkirkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengendalikan
pendakwaan dalam kes rayuan Fitnah 2 menggunakan Akuan Bersumpah (SD)
Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.
Menurut Ketua Pembangkang itu, Messrs Karpal Singh & Co sudah memfailkan permohonan tersebut semalam.
“Alasan bagi permohonan baru ini terkandung dalam afidavit yang saya failkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Permohonan tersebut berdasarkan SD yang dibuat pada 7 Oktober 2013
oleh Mat Zain yang didedahkan kepada umum pada 2 Disember lalu.
Dalam SD berkenaan, kata Anwar, Shafee mengetahui tindakan Gani
sengaja menyembunyikan bukti penting mengenai Pulau Batu Puteh di
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2007, menyebabkan Malaysia
kehilangan pulau itu kepada Singapura.
Shafee juga memberitahu Mat Zain “Anda tidak akan percaya jika anda
melihat jumlah wang tunai dipindahkan ke dalam akaun Gani di Hong Kong”.
Anwar berkata, SD Mat Zain juga memberitahu Shafee bersetuju bahawa
Dr Abdul Rahman Yusof, seorang perunding forensik di Hospital Kuala
Lumpur mereka keterangan dalam siasatan kes mata lebam membabitkan Ketua
Umum KEADILAN itu pada 1999.
SD itu juga mendedahkan Shafee berpendapat tiga panel yang
dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Abdul Kadir Sulaiman
membebaskan Gani dan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan dalam dakwaan
menyalahgunakan sampel DNA membabitkan Anwar.
“Pendedahan mengejutkan ini mendedahkan pengetahuan Shafee berhubung
pembabitan Gani dalam mereka bukti dan jenayah lain, yang melibatkan
diri saya,” kata Anwar.
KeadilanDaily
lawan ttp lawan sampai menang!!!
BalasPadam