Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, November 21, 2013

SPR SAHKAN!!! MENJADI LEMBU KERAJAAN HARAM NAJIB..

 
SPR 'pelik' Anwar nafi sebut pengundi Bangladesh

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata beliau hairan dengan kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menafikan menuduh kerajaan membawa masuk 40,000 pengundi warga Bangladesh dalam pilihan raya umum lalu.
Abdul Aziz yang dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut, pembangkang berkali-kali mendakwa  bahawa kerajaan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara membawa masuk 40,000 pengundi luar.

“Saya cukup pelik apabila ada orang yang sanggup menafikan perkara yang pernah disebut apatah lagi perkara itu diulang-ulang walaupun telah dinafikan kami dan kerajaan.

“Malah, hasil bedah siasat pilihan raya umum ke-13 yang dilakukan SPR, tidak ada satu pun aduan yang diterima daripada pengurus negeri mahupun petugas tentang cubaan pengundi hantu mengundi dan ini jelas menunjukkan tuduhan itu adalah fitnah,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Beliau mengulas kenyataan Anwar semalam bahawa dakwaan 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh turun mengundi dalam pilihan raya lalu mula ditimbulkan oleh penulis blog pro-Umno dan bukannya oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Anwar berkata, beliau telah membuat semakan dan mendapati pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah membuat kenyataan seperti itu.

Jelasnya, Pakatan hanya membuat dakwaan berhubung kewujudan pengundi luar tetapi tidak menyebut bahawa pengundi tersebut adalah pengundi Bangladesh.

Anwar mengulas laporan akhbar semalam berhubung kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina yang menafikan dakwaan bahawa 40,000 rakyatnya diterbangkan ke Malaysia untuk mengundi pada Mei lalu.

Anwar pada 2 Mei lalu mendakwa bahawa Jabatan Perdana Menteri menjadi dalang satu operasi rahsia menerbangkan pengundi meragukan dari pelbagai lokasi di Sabah dan Sarawak ke semenanjung Malaysia hampir setiap hari menjelang hari pembuangan undi.

Menurut Anwar, PKR mempunyai senarai penumpang tersebut yang sebahagian besarnya adalah warganegara asing.

Menurutnya, menjelang hari mengundi pada 5 Mei sekurang-kurangnya 40,500 orang telah dibawa ke semenanjung menerusi hampir 16 penerbangan setiap hari.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun ketika membentangkan Bajet 2014 bulan lalu mengaitkan bahawa Pakatan Rakyat mendakwa 40,000 pengundi itu adalah pengundi Bangladesh.

Dakwaan mengenai 40,000 pengundi Bangladesh itu juga diulangi Najib ketika ditemuramah dalam satu program CNN.

Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dalam reaksinya awal bulan ini berkata tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terus-menerus menafikan mengenai dakwaan tersebut sebagai satu helah untuk mengelak dari menjawab dakwaan penipuan dalam pilihan raya.

Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Tu yang berpuluh2 gambar dan video pendatang asing berbaris untuk mengundi pada PRU13 dulu apa? Lembu ke?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...