VIDEO l 2:22 minit
Pakatan tak sebut 40,000 pengundi Bangladesh
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dakwaan bahawa 40,000
pengundi hantu dari Bangladesh turun mengundi dalam pilihan raya lalu
mula ditimbulkan oleh penulis blog pro-Umno dan bukannya oleh pemimpin
Pakatan Rakyat.
Katanya, beliau telah membuat semakan dan mendapati pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah membuat kenyataan seperti itu.
"Kita dah buat kajian, ada tak kenyataan begini? Tidak ada.
"Rupanya yang bawa (kenyataan) itu bloggers Umno.
"Kenyataan kita (adalah) memang ada pengundi luar," katanya pada sidang media di perkarangan Parlimen pagi tadi.
Anwar
mengulas laporan akhbar hari ini berhubung kenyataan Perdana Menteri
Bangladesh Sheikh Hasina yang menafikan dakwaan bahawa 40,000 rakyatnya
diterbangkan ke Malaysia untuk mengundi pada Mei lalu.
Anwar pada
2 Mei lalu hanya mendakwa bahawa Jabatan Perdana Menteri menjadi dalang
satu operasi rahsia menerbangkan pengundi meragukan dari pelbagai
lokasi di Sabah dan Sarawak ke semenanjung Malaysia hampir setiap hari
menjelang hari pembuangan undi.
Menurut Anwar, PKR mempunyai senarai penumpang tersebut yang sebahagian besarnya adalah warganegara asing.
Menurutnya,
menjelang hari mengundi pada 5 Mei sekurang-kurangnya 40,500 orang
telah dibawa ke semenanjung menerusi hampir 16 penerbangan setiap hari.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun ketika membentangkan Bajet
2014 bulan lalu mengaitkan bahawa Pakatan Rakyat mendakwa 40,000
pengundi itu adalah pengundi Bangladesh.
Dakwaan mengenai 40,000 pengundi Bangladesh itu juga diulangi Najib ketika ditemuramah dalam satu program CNN.
Pengerusi
bersama BERSIH Datuk S Ambiga dalam reaksinya awal bulan ini berkata
tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terus-menerus
menafikan mengenai dakwaan tersebut sebagai satu helah untuk mengelak
dari menjawab dakwaan penipuan dalam pilihan raya.
Ambiga berkata beliau sangat sangsi kerana isu tersebut terus dibangkitkan.
“Saya
rasa ia satu helah supaya mereka tidak perlu menjawab dakwaan penipuan
piliahn raya lain yang disokong bukti,” kata Ambiga.
Malaysiakini
RAKYAT BUKANSAJA MUAK DAN CUAK DIPERINGKAT INI.IA SUDAH MULAI MUAK YANG BERLEBIHAN.PARTI PEMBANGKANG YANG TERUS MENGERITIK NANUM PUAK PUAK INI MASIH LAGI BUAT TIDAK PEDULI TAK CUKUP DENGAN KEBOROSAN NAJIB SERTA MENTERI MENTERI MENJAHAMKAN DANA RAKYAT DAN NEGHARA ROSMAH MULA MENGANAS KEMBALI .KALAU DULU CIN CIN KIN JET.PEREMPUAN PUAKA INI YANG DIGELARKAN OLEH SAUDARA MARA YANG TERDEKAT DENGAN BELIAU JADI SEMUA NYA ADALAH BENAR.PAKATAN RAKYAT HARUS LEBIH BERANI LETAK JAWANTAN SAMBIL MENYAJAK RAKYAT ISTIHAR KAN MOGOK TERHADAP KERAJAAN INI.MEREKA INI SEMUA HARUS DIBOM MACAM ALTANTUYA DENGAN TANPA ADA BELAS KASIHAN
BalasPadam