Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, November 23, 2013

Hakim 'berkongsi besan' tarik diri rayuan Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wira Mohtarudin Baki hari ini menarik diri daripada panel tiga anggota mahkamah itu bagi mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan dua pertuduhan dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu menyertai perhimpunan Bersih 3.0 tahun lepas.

Hakim Mohtarudin berkata, beliau dan Anwar "berkongsi besan" dan berikutan hubungan peribadi itu, mereka pasti akan bertemu dalam mana-mana kenduri.

"Saya berasa tidak selesa untuk mendengar rayuan ini. Saya ingin menarik diri," katanya.
Panel itu dipengerusikan oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dijadual menengar rayuan Ketua Pembangkang itu hari ini tetapi pendengaran itu dijadualkan semula ke 5 Februari tahun depan selepas Hakim Mohtarudin menarik diri.

Seorang anggota panel ialah Hakim Datuk Rohana Yusuf.
Hakim Balia berkata' rayuan itu akan didengar panel baharu Mahkamah Rayuan.
Anwar, 66, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Januari tahun ini yang menolak permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan yang dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman.

Pada 22 Mei lepas, Anwar dituduh telah melanggar perintah mahkamah dengan mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April tahun lepas.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali dan Ketua PKR Cawangan Rembau Badrul Hisham Shaharin turut menghadapi pertuduhan sama.

Mereka juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu bersubahat dengan tiga individu melanggar perintah mahkamah yang melarang sebarang perhimpunan diadakan di  Dataran Merdeka pada hari berkenaan, dengan mereka didakwa menghasut R. Tangam, Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim @ Alias mengalihkan penghadang yang diletakkan pihak berkuasa di Dataran Merdeka.

Anwar diwakili peguam Karpal Singh manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.

Sinar Harian

2 ulasan:

  1. HAIRAN BETUL BUDAK KECIL KALAU BACA PUN AKAN BERTANYA PEGUAM APA JENIS NI.KES AL TANTUYA PATUT SEMUA PEGUAM BAIK YANG KERAJAAN MAU BUKAN KERAJAAN BERSATU MENYELESAI MASALAH ALATANTUYA INI.INI CERTA ANWAR HADIR PERHIMPUNAN HARAM.GELI BETUL LAH DENGAR MAKAMAH MACAM INI.ADA BAIK BERHENTI JADI PEGUAM KALAU RASA TAK MAMPU NAK BAWAK DIRI..BANYAK KES TAIP MAHMUB TIDAK DIDAKWA,RASUAH KAPAL SELAM,PKFZ DAH BANYAK SANGAT YANG TIADA JAWAPAN.APA NAK JADI MAJLIS PEGUAM MACAM NI

    BalasPadam
  2. Sdr tak benama 25 Nov 5.08 ptg,awak ke budak kecil yang nak ketawa?Atau awak yang perlu diketawakan!
    Yang mendakwa dan membuat rayuan atau tak dalam kes Altantuya,perhimpunan haram,Pkfz,Razak Baginda tu adalah Peguam Negara bernama Guni 4tahil,BUKAN Majlis Peguam.
    Tanyalah Peguam Negara dan jangan kata Majlis Peguam.
    Kalau tak tahu fakta tanya,kalau malu nak tanya jadi bodoh,Napa lah serlah kebodohan sendiri?????

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...