Kita tidak perlu menanti PRU14 untuk tumbangkan kerajaan Najib. Kita boleh lakukan nya sekarang. Biarkan
UMNO dan BN merasai penangan sokongan majority dan undi popular. Mereka menang
kerana manipulasi persempadanan dan kepadatan pengundi yang tidak adil, masih
tidak sedar diri. Pemimpin UMNO masih angkuh dan membudak budakkan orang lain.
Di
Malaysia
Timur, BN ada 47 kerusi parlimen dan jumlah yang agak besar dalam
tangan komponen bukan UMNO. Jika parti2 ini tinggalkan BN, bagaimana?
Jeferey Kitingan dan lain2 tokoh Malaysia Timur hanya perlu berkerja
keatas parti ini untuk menumbangkan PM Najib. Tidak perlu keluar
Malaysia kerana itu akan menjustifikasikan tindakan ketenteraan keatas
bangsa Malaysia sendiri.
Bayangkan jika Taib Mahmud hanya perlu neutral manakala semua parti bukan Islam lain keluar BN- BN akan hilang kuasa. Katalah 14 ahli parlimen PBB berkecuali dan 11 parlimen bukan Islam keluar BN. jika keluar hanya akan membawa faedah kepada kaum mereka. di Sabah pula jika 8 kerusi parlimen bukan-UMNO keluar BN sudah ada 19 kerusi berpindah.
Bayangkan jika Taib Mahmud hanya perlu neutral manakala semua parti bukan Islam lain keluar BN- BN akan hilang kuasa. Katalah 14 ahli parlimen PBB berkecuali dan 11 parlimen bukan Islam keluar BN. jika keluar hanya akan membawa faedah kepada kaum mereka. di Sabah pula jika 8 kerusi parlimen bukan-UMNO keluar BN sudah ada 19 kerusi berpindah.
Jika
PBB berkecuali samalah seperti BN
hilang
14 parlimen menyebabkan 33 kerusi perpindah. BN akan hanya tingal 100
kerusi
dan bila 33 ahli parlimen bersekutu dengan 89 ahli parlimen PR- sudah
ada 122
kerusi. Jika 122 ahli parlimen ini bersatu- BN sudah tidak bertahan
lagi. Sebaik
sahaja threshold in dicapai, berduyun ahli parlimen UMNO dan BN
menyeberang. Bayangkan
jika 7 ahli parlimen MCA turut sama. Kiamat dunia bagi pencuri dan
perasuah BN. Dikalangan 88 ahli parlimen UMNO itu pun kita boleh
bincang2. Kita boleh gunakan kaedah insentif atau kaedah ugutan.
Boleh
kita lakukan begini? Mengapa tidak. Sebaik sahaja BN hilang sejumlah kerusi
parlimen, parti lain boleh jadi kerajaan. banyak pembaikan kita boleh lakukan. Orang
Melayu tidak perlu takut jika UMNO ditewaskan. Selagi kerajaan yang ganti BN
mempunyai majority pimpinan Melayu, itu sudah mencukupi.
jika
mereka bertindak keluar dari BN kerana Najib seoarang pemimpin lemah, kerajaan
kemungkinan tidak berkesudahan ini akan tumbang. Orang Islam minority dalam
Sabah dan Sarawak . jika mereka tidak dengar suara hati majority, mereka pun
akan lebur.
Jefrey
kitingan berpendapat bahawa masa nya sudah tiba untuk Sarawak dan Sabah
memulakan perbincangan untuk keluar dari Malaysia. Ini cakap yang amat berani. Ia
bertentangan dengan Point #7 dalam 20-point memorandum dengan kerajaan persekutuan.
Percakapan mengenai secession mungkin seditious. Point #7 dengan jelas menyebut
tidak ada hak keluar dari Malaysia.
Kepada
golongan pelampau di Semenanjung, kita perlu hormat point #1 perjanjian dengan
Borneo Utara yakni: sementara tidak ada tentangan kepada Islam sebagai agama
kebangsaan Malaysia, di Borneo Utara tidak ada agama negeri dan segala
peruntukan dalam perlembagaan Malaysia mengenai Islam tidak terpakai di Borneo
Utara.
Kecualilah
perkara ini tidak difahami oleh pertubuhan right wing, maka Najib akan tunduk
kepada desakan kumpulan seperti Perkasa dan lain2 nya.
Orang
Sabah ada peluang membentuk sejarah baru tapi peluang tersebut dilepaskan
dengan bersetia kepada BN. ternyata keputusan tersebut tidak bijak sekarang. Sekarang
rakyat Sabah kena buli.
Di
Sarawak, saya yakin PBB akan menggunakan segala kekuatan untuk menyekat UMNO
dari memasuki bumi Sarawak dengan perkembangan isiu kalimah Allah ini.
Tapi,
apa
jadi jika percakapan Jefrey Kitingan membayangkan pandangan majority
rakyat Sabah dan Sarawak dari segi rohnya? Dari segi roh, cakap Jeferey
Kitingan adalah suara rakyat Sabah yang majority. Mereka mahukan hak
keatas memerintah sendiri. Sabah dahulu nya Borneo Utara
dengan 20-point nya, Sarawak dengan 18 point nya. Semua perjanjian ini
sepatutnya menjamin beberapa hak orang Malaysia Timur keatas negeri
mereka sendiri. BN tidak hormat kepada perjanjian2 ini. ahli parlimen
Sarawak jangan
ingat mereka selamat. UMNO sentiasa mengintai untuk menggantikan PBB.
PBB tak
cukup Bumiputera jika tidak ada UMNO.
Saya
tidak fikir isiu kalimah Allah ini cukup besar untuk mendorong Jefrey cakap
durhaka. Isiu kalimah Allah hanya kemuncak rasa tidak puas hati yang legitimate
bercampur dengan personal agenda Jefrey. Sebab itu sakit hati Jefery tidak
dihalakan kepada mahkamah tapi kepada kelemahan kepimpinan Najib Tun Razak.
Cakap
ini bukan kerana mahkamah telah mengesahkan desakan puak pelampau UMNO dan
Islamis UMNO mengenai penggunaan kalimah Allah. Adalah menjadi persepsi umum
bahawa mahkamah di Malaysia senentiasa menyebelahi mereka yang berkuasa.
Jika
Jefrey dan MP Sabah dan Sarawak yang lain, berkerjasama dengan kumpulan selain
BN, mereka boleh membantu kita mencapai objektif mencuci dan membersih insitusi
kehakiman kita. Kerajaan baru hanya perlu memencenkan the top 15-20 judges dan
kita mereformasikan judiciary dalam sekelip mata.
Jefrey
menyuarakan apa yang terpendam dalam hati rakyat Sabah. Penggunaan kalimah
Allah ini penyebab rasa tidak puas hati rakyat Sabah megenai kelambatan dan
tipu helah kerajaan BN menghormati 20-point memorandum. Proses memborneokan
perkhidmatan awam diSabah sengaja dilewatkan. Mustahil tidak ramai rakyat Sabah
yang cerdik pandai yang boleh mengendalikan pentadbiran negeri itu.
Masih
ada penyelesaian yang kurang ekstrim yang boleh MP Sabah dan juga Sarawak boleh
gunakan. Tidak perlu keluar dari Malaysia. Mereka hanya perlu mengesahkan
komitment kerajaan Malaysia menghormati 20 point agreement ketika masuk
Maalysia dahulu. Jika kerajaan PM Najib mengheret kaki, ahli parlimen Sabah dan
Sarawak boleh berpakat dengan parti poitik lain. Masa nya sudah tiba untuk
forge new political alliances.
Penyelesian
yang lebih baik ialah keluar dari BN- break ranks with BN. jika MP Sabah dan
Sarawak ada prinsip menghargai diri sendiri, mereka mesti berani break ranks
dengan BN. apa pasal mahu bersama parti yang meminggirkan kamu? Parti2 dalam
Pakatan Rakyat tidak ada masaalah dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang
Kristian jika ia dipakai kepada memuja Allah yang satu.
Bahkan
sesalan Kitingan yang saya rasa disetuji oleh ramai MP Sabah dan Sarawak disebabkan
PM Najib membisu seribu bahasa lidah nya kelu tidak terkata. Ini membuktikan
bahawa najib ialah seorang yang hipokrit dan seorang jurujual impian palsu
dalam bentuk 1Malaysia yang sekarang digantikan dengan endess possibilities
atau kemungkinan tidak berkesudahan. Kenapa kamu membiarkan rakyat Sabah
dicandui dengan jualan impian palsu?
Penyelesaian
nya tidak perlu ekstrim seperti ini; Jefrey hanya perlu meyakinkan parti2 Sabah
dan Sarawak keluar BN. ini akan menyebabkan kerajaan Najib tumbang dan dengan
tumbang nya kerajaan Najib segala ketidakadilan dan ketidakpuasan yang berpunca
dari bersama2 dengan BN akan diselesaikan. Reaffirm dan laksana 20 point
memorandum dengan rakan kongsi baru; cari pemimpin yang boleh mengundang hormat
dan keyakinan orang ramai.
Minggu
lalu, M Bakri Musa telah menulis sebuah artikel yang menyebutkan bahawa jika
Najib mempunyai maruah, dia patut menyerahkan kerajaan ini kepada Tengku
Razaleigh Hamzah. Nah- soalan sama ada Najib ada maruah atau tidak bukan
persoalan penting yang kita hendak bahas
disini; keluar dari BN sudah menjadi suatu political imperative. Sesalan dan ketidakpuasan
hati yang bertimbun mesti dikeluarkan dari tersemat dalam dada. Liberate yourselves
from the clutches of an extremist party.
Mengenai
mengapa Tengku Razaliegh dijadkan pilihan, Bakri Musa telah membahaskan nya dengan
panjang lebar. Tidak perlulah saya mengulangi nya. kenapa tidak join forces
dengan Tengku Razaliegh Hamzah to forge a new Malaysia?
Sama
ada tak ramai yang membaca nya atau ramai yang mengiktiraf kejituan
penghujjahan tersebut, maka komen2 tidak ada banyak kelihatan. Sekarang ini
peluang terbaik untuk ahli parlimen Sabah dan Sarawak mengadakan perbincangan
dengan Tengku Razaleigh untuk memimpin suatu permuafakatan antara parti politik
sepemikiran dan demokratik, untuk membentuk sebuah kerajaan yang baru.
Keputusan
mahkamah Rayuan mengenai penggunaan kalimah Allah mesti the last straw that
breaks the camel’s back. Bacul pemimpin Sabah dan Sarawak jika membiarkan
perkara ini berlaku begitu sahaja.
Sebelum
Sabah dan Sarawak masuk Malaysia tahun 1963, pribumi sana yang beragama
Kristian telah menggunakan nama Allah dalam kitab mereka. Orang Islam Sabah dan
Sarawak tidak pun berasa apa2 dengan penggunaan tersebut. Tidak ada pun kita
lihat orang Islam disana dianiayai dan diancam dan tidak dibenar menganut agama
Islam.
Bila
Sabah dan Sarawak masuk persekutuan Malaysia, mereka dijanjikan pengekalan
beberapa keistimewaan. Saya rasa orang Melayu yang berzaman bercakap mengenai
hal keistimewaan tentu boleh identify dan relate dengan tuntutan kepada
kerajaan supaya menghormati 20 point agreement dengan Malaysia Timur. Kenapa kita
tidak boleh hormat tuntutan pribumi Sabah dan Sarawak mengenai keistimewaan?
cara
yang lebih baik untuk pribumi Sabah dan Sarawak menyelesaikan penzaliman yang
dilakukan oleh kerajaan PM Najib keatas mereka ialah dengan keluar BN. parti2
bukan Islam Sabah dan parti2 diSarawak boleh mengambil langkah meninggalkan BN.
dan mereka boleh mencari rakan kongsi yang menghormati hak2 mereka yang terkandung
dalam 20 dan 18 point agreement Persekutan Malaysia. Masa depan rakyat Sabah
dan Sarawak mulai sekarang bukan lagi dengan bersama sama dengan BN bawah
pimpinan Najib.
Masaalah
diSabah jika kita ikhlas mengakui nya, bermula bila UMNO masuk keSabah dan
mengobah political dynamics di Sabah. Orang Islam sepatutnya kekal dibawah USNO
atau mengembalikan USNO. Barulah UMNO dan BN menghormati Sabah.
Orang
Sarawak boleh belajar dari apa yang terjadi diSabah. PBB mesti berkerja keras
jangan membenarkan UMNO memasuki negeri tersebut. Apa yang UMNO boleh lakukan
yang tidak boleh dilakukan oleh PBB?
Menurut kajian, kira2 7% rakyat sudah kembali ke BN. PR akan pudar tanpa Dato Seri Anwar (yang akan mencapai usia 70an pada PRU14 nanti). Selain beliau, tiada yang mampu membimbing PR.
BalasPadam