KUALA LUMPUR 15 OKT: Ibadah korban adalah iktibar dalam usaha
menjiwai erti ketaatan perintah Allah untuk mencapai darjat kemuliaan
manusia.
Dalam ucapan sempena sambutan hari raya Aidil-Adha hari ini, Ketua
Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ibadah qorban adalah
ujian kesabaran dalam melaksanakan perintah-Nya.
“(Salam) Eiul Adha, mubarak. Menginsafi erti pengorbanan dan kesucian pengabdian kepada Allah.
“Merintih lantaran kekerdilan dalam mencapai derajat taqwa,” tulis Anwar dalam ucapan Aidil-Adha di laman twitternya.
Justeru, rakyat Malaysia diseluruh negara dianjur menyemai semangat
pengorbanan dan menjalin silaturahim dalam usaha mengangkat martabat
rakyat.
Anwar akan berada di Cherok To’ Kun esok di kawasan parlimennya di Permatang Pauh untuk sambutan hari raya Aidil-Adha.
Manakala pada sebelah petangnya, dijadualkan satu pertemuan bersama
Majlis Pimpinan KEADILAN Pulau Pinang di Yayasan Aman, Permatang Pauh.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...